Terlajak Berhibur

221 2 0
                                    

Kau terpaksa bangun seawal jam enam pagi macam biasa untuk bersiap ke pejabat. Masalahnya pagi tu kau balik rumah pun dah dekat pukul empat. Isteri kau sempat menjeling tajam dan menyoal sinis dengan nada sedikit membebel pasal kau lewat pulang, kau buat-buat tak dengar dan merangkak selamba ke bantal sebelah beliau. Kepala kau rasa berat macam kena hentak dengan tukul. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak berhibur hangover padahnya. Kau tekup kepala dengan bantal peluk untuk meredakan kesakitan. Double cheeseburger yang kau tapau semasa on the way balik tadi telah selamat dihadam tak sampai lima kali suapan. Ini petua dari salah seorang rakan semeja yang sama-sama beritual mingguan dengan kau di sebuah sports bar berdekatan masjid, kononnya double cheeseburger ni mujarab menghilangkan kesan-kesan tak best dari hangover. Kau tersenyum sendirian dalam selimut dan berjaya juga melelapkan mata. Esok cerita lain.

Semalam Di ValhallaWhere stories live. Discover now