Tujuh Bulan Berlalu

68 0 0
                                    

Akhir2 ini, hidup kau macam tak cukup2 masa, sentiasa, bukan sekali sekala kau rasa begitu. Kau tak banyak masa terluang untuk buat apa yang kau suka, dan kau tak mahu pula luangkan lebih2an masa yang jarang ada itu, untuk hadap benda2 yang kau tak suka, tak banyak benda pun kau tak suka sebenarnya, hampir kesemua yang kau tak suka dah kau lenyapkan dari segenap dimensi yang tercapai dek jari. Kau sedar & akur kau cuma punya sejumlah kecil masa untuk lengkapkan keperluan2 yang kau sendiri dah berjanji nak pikul sejak termaktubnya ijab & qabul antara kau dan seri dewi bentara guru belahan jiwa nan ayu. Mujurlah hidup kau dewasa ini sesekali tu sempat disisipkan ke celah2 beberapa aktiviti/acara bersama kaum2 sosialit pelbagai genre. Kau pun tak begitu memilih & tak perlu fikir untuk rasa terpilih atau sebaliknya, walau dengan sesiapa pun yang kau hadap, apa yang kau lihat, bak kata bunda angkat kau Zeynab Kubra di istana Yazid durjana, tiada yang ku lihat melainkan segalanya indah belaka. Tiga titik.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 26, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Semalam Di ValhallaWhere stories live. Discover now