Rutin

594 23 3
                                    

Nia terus termenung. Nita pandang langit dalam-dalam umpama ada cerita baru yang boleh ditonton. Keluhan demi keluhan dilepaskan Nia. Nita tersenyum sahaja melihat gelagat manusia yang ada depan matanya.

"Kau rasa sebenarnya ini perasaan apa? Aku nak dia tapi aku tak nak kahwin dengan dia"

"Mana aku tahu, perasaan tu kau sendiri boleh tentukan. Aku bukan kau"

Nia mengeluh lagi. Dipandang telefon pintar kesayangan. Ruangan whatsapp dibuka, nama Azlan dibaca. Keliru, 8 tahun bergelumanang rasa, kini dia sendiri tak pasti apa yang patut dia rasa. Sayang atau itu Cuma mainan rasa.

"Manusia ni, bijak macam mana pon, kadang sebab cinta dia terus jadi bodoh kan?"

Dia hadam dalam-dalam ayat yang baru Nita lontarkan. Ada benarnya. Dia yang selama ini lantang bersuara, tinggi egonya terus jadi kaku jadi dungu semata sebab cinta.

"Aku tak ramai kawan. Bila aku bosan, aku duduk mengelamun. Bila aku banyak masa, aku cari dia"

Nita pandang tepat mata Nia.

"Tapi dia sendiri cakap, dia nak perempuan tu, tapi dia taknak lepaskan aku"

"kau tak rasa bodoh bila dengar macam tu?" soalan Nita tak pernah manis bunyinya.

"Aku keliru, aku sebenarnya masih sayang ke apa?"

"Bagi aku, itu bukan sayang. Kau cuma rindukan rutin, rutin yang 8 tahun dah kau buat"

"Rutin?" Tanya Nia

"Rutin. Macam hari-hari kau makan nasi, bila tak ada nasi kau terus mencari."

Aksara Penunjuk RasaWhere stories live. Discover now