"Kak, Saya nak satu kotak Winston merah, sekilo serbuk koko, 1 sarang telur, 2 bungkus biskut Marie, 2 tin susu pekat. Apa lagi yang Shah nak ni ye," Termenung Muz seketika cuba mengingati kembali.
"Takpelah kalau ada yang tertinggal nanti aku datang balik," getus hatinya.
Dihulurnya not RM 50.
"Maaf ya encik, duit tak cukup ni encik," Akiera sambil tersenyum.
"Macam mana tak cukup. Kira pakai kalkulator la. Member saya bagi cukup - cukup dah ni dengan barang - barang ni," tegur Muz dengan nada suara sedikit tinggi.
"Tak perlu guna kalkulator pun kalau encik beli banyak ni. Telur sepapan gred B RM 9.50, 1 kilogram serbuk koko RM 16.90, Winston 1 kotak RM16.00, biskut Marie RM 3.99 dan setin susu pekat RM 2.45 jadi 2 tin RM 4.90. So semua sekali total RM 51.29, " panjang lebar Akiera mengatur ayat.
"Dan kalau encik nak buat kek batik, encik masih tertinggal bahan utama, Milo. Kalau saya buat kek batik, saya akan campur serbuk koko dengan Milo, lagi sedap. Cubalah. Saya yakin yang encik jugak kehabisan Milo di rumah, kan.." tambah Akiera dengan ramah.
"Alah, kurang RM 1.29 je pun, berkiranya. Takpelah esok saya datang bayar balik, boleh? tak tipu punya dan lagi satu, sape cakap saya nak buat kek batik? Saya nak buat kek karamel ye,"Muz mendengus sambil mengangkat kening.
Akiera merasakan yang lelaki di hadapannya agar sombong. Niatnya hanyalah untuk beramah mesra bersama pelanggan telah disalahertikan oleh lelaki di hadapannya.
"Lain kali kalau duit tak cukup, encik boleh tolak dengan rokok dan kalau boleh encik jangan merokok ye. Membazir duit je, penyakit pun senang dapat. Mati pun mudah dan lagi satu yang paling utama saya bukan kakak encik. Saya baru 26 tahun ye. Terima kasih kerana sudi membeli di kedai kami. Sila datang lagi ye," tegas Akiera dalam kelembutan.
Kelihatan lelaki di depannya terpinga - pinga cuba menghadam kata - kata Akiera namun masih berdiri merenung terhadapnya.
"Ok, lepas tu balance lagi RM 1.29 saya kira berhutang ke macam mana,? Soal Muzaffar memastikan..
"Takpelah RM 1.29 je pun kan tadi saya belanja encik untuk hari ni, no worries." Akiera masih cuba untuk terus memberi senyuman walaupun di dalam hatinya dia berharap agar pelanggan tadi cepat - cepat pergi.