Can I have your daughter for the rest of my life?
Say yes, say yes 'cause I need to know
You say I'll never get your blessing 'til the day I die
Tough luck, my friend, but the answer is 'No'Why you gotta be so rude?
Don't you know I'm human too?
Why you gotta be so rude?
I'm gonna marry her anywayMarry that girl
Marry her anyway
Marry that girl
Yeah, no matter what you say
Marry that girl
And we'll be a family
Why you gotta be so
RudeMulutnya riuh menyanyikan bait bait lirik lagu yang dipasangkan melalui loudspeaker hanphone, lagu favourite katanya. Sudah dua tiga kali lagu ini diulang nyanyi olehnya. Kadang kadang dia sedikit gila bila menyanyikan lagu tersebut, mana taknya, setiap lagu yang dinyanyikan pastinya akan diselit jua tarian yang menghiburkan. Itulah Muzzafar, seorang lelaki yang boleh dikategorikan sebagai tegap, kurus dan berkulit hitam manis yang berketinggian 180 cm. Darah jantan yang mengalir dalam diri melengkapkan lagi dirinya sebagai seorang lelaki hero malaya dambaan ramai gadis.
Untung sahaja kawasan parkir masih lenggang, manusia lain mungkin masih diulit mimpi barangkali. Muzzafar menghidupkan enjin motor dan membiarkan enjinnya panas seketika, dicapainya stokin lalu mengambil tempat di bangku kecil di sisi dinding bersebelahan rakannya yang ligat menekan papan kekunci handphone.
"Bak, aku ingat nak angkat motor baru la." Apabila sudah selesai menyarung stokin. Dipandangnya wajah Bak dalam dalam.
"Motor apa lagi weh? Kau ni Muz, jimat la sikit. Kata nak kawin nanti. Motor apa? Superbike?"
"Wallawei! Gilalah nak angkat superbike. Nak suruh aku merempat bawah jambatan, nak aku makan pasir? Melampau lah tu. Ni ha, yang murah sikit, aku berkenan model Kawasaki EX250-K."
"Eh, betullah aku cakap superbike"
"Bukan. Ni sportbike bukan superbike. Sportbike ni lebih kurang 250cc manakala superbike ni 500cc. Harga dia boleh tahan la, nak kata murah tu tak jugak. Faham tak kawanku? Kau ni Bak, macam perempuan pulak nak aku ajar pasal motor di pagi hari ni. Membebel pulak aku ni tak pasal pasal."
Seraya mereka berdua ketawa. 8 tahun persahabatan mereka dibina sejak dari zaman sekolah membawa ke universiti sehinggalah zaman bekerja masih di tempat yang sama. Setakat berkongsi underwear , boxer langsung tiada masalah bagi mereka.
"Iye. Faham. Kau je hebat. Aku ni cap ayam je. Aku sedarlah diri aku ni siapa, kan, kan, kan? Eh, jomlah. Dah pukul 7.15 ni. Bukan kau taktahu jalan dari Klang ke KL tu kalau tak jem memang tak sah. Kompem merah kedatangan ni."
"That's why I'm gonna buy the superbike. Kedatangan aku lepas ni no longer merah duhh. Peace." balasnya bersahaja.
Bak menolak keluar motosikalnya daripada barisan parkir mengabaikan kata kata sahabatnya tadi.
"Rilek la Bak, awal lagi ni. Pagi ni aku tak berasap lagi ni, tak panaskan badan lagi ni."
"Eh Muz, kau ni demam ke apa? Kita dah lewat ni. Kau sedut asap motor ni jelah. Dari tadi taknak berasap, dah lewat baru nak terhegeh hegeh nak berasap."
"Amboi, banyak bunyi pulak dia pagi ni. Shah, Wan dengan Faris ni mana? Tak nak turun lagi ke? Membebel aku pulak, orang lain tak nampak batang hidung, diam je kau kan."
"Woi, woi. Kau ni sedar ke tak? Shah dengan Faris pukul 6.30 pagi dah bertolak, okei! Diorang nak siapkan report. Wan cuti kan hati ni. Tu tengah sambung membuta lepas bangun subuh tadi."
"Dah dah. Kau nak maik motor aku ke tak ni? Dari tadi panaskan motor. Minyak mahal woo. Mana taknya, sekali naik 20 sen, turun 5 sen je,"
**************
"Terasa masa berlalu seperti berlari. Ya, berlari jauh meninggalkan aku kehadapan sedangkan aku masih begini, juga masih begini" seraya satu keluhan berat dihelakan.
"Ya Allah. Apalah nasib malang aku ni. Dah 2 tahun aku menganggur. Malunya dekat kawan-kawan, mak saudara yang asyik bertanya tak sudah. Fedup rasa hati kecilnya."
Akiera bukanlah calang-calang graduan. Berbekalkan lulusan UiTM dengan cgpa 4.00 dalam jurusan Perakaunan, Akiera seorang yang bijak namun rezeki kerjanya sentiasa lolos dan jawapan yang menghampakan yang membuatkan Akiera berasa rendah diri dan putus asa. Bukan sekali dua pengalaman temuduga dicubanya, dari jawatan pengajiannya hinggalah sebagai salesgirl ternyata semuanya gagal. Pernah dicubanya kerja kilang namun ditolak dengan alasan terlalu bijak. Sudah berpuluh resume, beratus keping gambar di pos ke seluruh Semenanjung Malaysia namun tetap tiada jawapan.
"Takpelah Kiera, at least kau dah mencuba. Dapat atau tidak bukan kerja kau untuk tentukan. Semuanya kuasa tuhan. Insha Allah," bisik hati kecilnya memujuk.
Kau ni pun satu Kiera, dari tadi asyik mengeluh je kerjanya. Cuba cubalah bentangkan sejadah, rajinkan diri jadikan habit bangun malam solat sunat," bisik suara hatinya.
Dia bangkit menujah selimut melangkahkan kaki ke bilik air. Bunyi air paip mengalir. Sejadah dibentangkan. Disarungnya telekung. Jam menunjukan 3.30 pagi. Air matanya berlinangan laju.