BAB 3

108 4 1
                                    

"Aku yakin Kiera, kau akan dapat kerja dekat syarikat tu. Percayalah cakap aku. Dah banyak kali Allah uji kau, Kiera dan ini mungkin Allah nak bagi yang lebih baik, sama jugak dengan rezeki jodoh. Allah simpan yang baik untuk hamba hambanya yang baik, betul tak aku cakap ni?"

"Entahlah Fida, aku pun tak pasti. Graduan sekarang bersepah. Itu belum campur tolak yang ijazah kelas pertama lagi. Pastu yang guna kabel pun ada Fida. Rasa macam tak adil la pulak camtu. Guna kabel pulak. Orang yang selayaknya berhak, tak dapat tapi yang macai ni pulak boleh. Tak adil sungguh dunia ni,"

"Kiera, kau jangan cakap macam tu, it's not nice , okey, aku tak suka. If you think this world is not fair enough for you well then think again. Ada satu quote tu mengenai singa dengan makan dalam bahasa Inggeris, apa dah, aku lupa sudah."

"Kau ni Fida, ini haa, seraya sebatang pen dikeluarkan pada tali yang disangkut di lehernya dan dicontengnya di tapak tangan Fida. 'If you expect the world to be fair with you because you're fair to them, its like asking a lion not to eat you because you don't eat lions.' Inikan maksud kau?

"Haa, inilah. Pandai sungguh kawan aku ni. Ini baru betul sahabat sejati. Dalam otak pun tahu aku nak cakap apa. Sabarlah, hidup ni memang perit dan menyakitkan bagi orang yang hidup dengan emosinya. Aku tahu kau penyabar orangnya.Aku tahu kau kuat semangat, Kiera. Kau bukan insan yang mudah berputus asa. Kalau tak dapat yang ni, boleh cuba lagi. Peluang sentiasa ada. Lagipun kitakan ada yang Maha besar, Maha hebat, Maha kuat yakni Allah s.w.t. Jangan bimbang. Kau selalu positif, takkan kali ni berubah negatif pulak."

"Jangan - jangan, kau bukan Kiera, kau semangat dari mana ni? Kenapa kau masuk dalam tubuh kawan baik aku ni? Nyah kau dari sini wahai semangat."

"Apa yang kau merepek ni setan, ni aku kawan kau. Jangan nak buat lawak sangat lah. Dahla pergi sambung kerja, mentang - mentanglah kau anak tokey, aku tak boleh sound. Boleh pulak lepak dengan kuli batak macam aku ni."

"Yelah - yelah, aku pergilah ni. Jangan rindu aku tau! Aku tahu kau rindu aku, sambil mengenyit matanya manja."

Matanya menatap sayup - sayup bayangan tubuh Hafida yang berlalu pergi meninggalkannya.

Hafida, kalaulah kau tahu sesuatu yang sukar untuk aku ceritakan pada kau. 'IBU'

*********

"Ibu dengar kau pergi temuduga dekat Syarikat DCJ Corporation" sambil jari jemarinya tekun menekan skrin sentuh Samsung S3 miliknya.

"Mana ibu tahu?" kelihatan muka Akiera sedikit terkejut dengan pertanyaan ibunya. Dia yang sedang melipat kain di sudut dinding menghentikan perbuatannya.

Tiada balasan namun soalan lain yang menyusul. "Bila tahu jawapan?"

"Belum tahu lagi bu. Belum ada jawapan lagi. Entah ada rezeki ke tidak tapi Kiera harap sangat bu yang Kiera akan dapat jawatan tu. Fida pun cakap macam tu jugak pagi tadi."

"Baguslah kalau macam tu. Ibu bukan apa pun cuma ibu harap ada rezeki kau ada kali ni. Yelah, kau gagal banyak kal, kalau dapat jawatan ni, takdelah orang kata sial sangat nasib kau ni. Ibu pun macam dah menanggung biawak hidup. Setakat kau kerja kedai kawan kau tu berapa sen sangatlah yang kau dapat.. bla.. bla.. "

Panjang lebar bebelan ibunya sambil kakinya menapak menuju ke dapur. Tiada lagi bunyi derapan kaki ibunya dan yang tinggal hanyalah linangan air mata Akiera yang laju menuruni pipi merahnya.

'Sampai hati ibu' getus hati kecilnya.

J.O.D.O.H! Awak kat mana?Where stories live. Discover now