Jam menunjukkan jam 7.30 pagi. Udara angin sejuk pagi menjengah ke kulit mulusnya. Di hadapannya tersergam megah bangunan 14 tingkat milik Syarikat DCJ Corporation yang sudah berusia separuh abad.
"Ada ke rezeki aku kali ni Ya Allah. Masuk kali ni sudah 18 kali kena tolak. Entah apa hikmah disebalik kerjaMu ini, Tuhan," bisik hati kecilnya seraya kakinya melangkah masuk melalui pintu kaca dihadapannya. Matanya melilau ligat mencari lif untuk ke tingkat 8 dan matanya terpaku pada manusia yang meluru pada suatu sudut.
"Finally. Susah betul nak jumpa lif pun. Maklumlah syarikat besar," rungut hati kecilnya.
Pintu lif terbuka seraya cepat - cepat dirinya menyelit dan berjaya masuk lantas ditekannya butang angka 8.
'Ting. Tingkat lapan. Terima kasih.' Pintu lif terbuka lalu kakinya melangkah keluar.
Kelihatan barisan manusia yang duduk di kerusi.
"Ramai..nnyyaa! Spontan dia menutur kata tanpa sempat ditahan. Kelihatan ada yang tersenyum mesra, ada juga yang sedikit ego. Skema pun ada, siap menghafal pulak tu. Hafal apa kak, nama menteri ke?" Sempat lagi membuat lawak walaupun hatinya ibarat ingin terkeluar.
"7.30 pagi dah ramai macam ni. 8.30 pagi interview baru start. Jarak masa sejam lagi, that's mean, ramai lagilah calon yang akan datang kejap lagi. Nak pakai berapa orang ni?" bisik hati kecilnya.
Seorang staf lelaki datang dan mencatat nama calon bagi pendaftaran.
"Assalamualaikum dan selamat pagi. Saya Encik Hafiz, pegawai dari Bahagian Sumber Manusia Syarikat DCJ Corporation. Saya yang bertanggungjawab pada encik dan puan pada hari ini. Sebarang masalah boleh rujuk pada saya ya. Baiklah, sesi temuduga akan bermula sekejap sahaja lagi dan nama akan dipanggil mengikut abjad. Ada 58 orang calon kesemuanya dan jawatan yang ditawarkan hanyalah 25 kekosongan sahaja. Sebarang pertanyaan atau masalah boleh berhubung terus dengan saya. Itu sahaja. Terima kasih."Encik Hafiz berlalu diiringi senyuman menawan di wajahnya.
"Jam yang tadi menunjukkan 8.30 pagi kini berganjak melepasi 10.00 pagi. Serius betul temuduga kali ni. Bila nak sampai turn aku ni," Dilihatnya calon yang tinggal hanyalah berbaki 12 orang termasuk dirinya.
"Baiklah, seterusnya giliran calon Nur Akiera Irdina binti Razak. Sila masuk pintu no. 9 ya," ujar Encik Hafiz mesra. Manis orangnya, manis juga senyumannya.
"Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Sayaa..."
Dah berapa lama menganggur ye?"
"Maaf, tapi..."
"Dah berapa awak lama menganggur ye?"
"Lebih kurang setahun puan. Tapi puan saya belum kenalkan diri saya lagi."
"Tak perlu semua tu. Lagipun resume awak semua sudah terpapar didalam rekod kami. Just click then it will shows the information here. Is there any problem to you?"
"Takde masalah puan. Sekadar bertanya. Kereknya minah ni, aku tanya je pun, takyah la nak ego sangat, aku duduk pun belum, "bisik hati kecilnya, benci.
"Kenapa dalam masa setahun ni tak cari kerja?"
"Saya dah berusaha untuk mencari kerja puan malah itu sebabnya saya apply untuk jawatan ni."
Awak ni terlampau memilih pekerjaan, awak tahu tak? Setakat diploma macam awak nak jawatan yang high class. Awak tahu yang degree pun sekarang bersepah graduan tak dapat kerja. Yang ada master pun jadi drebar inikan awak pulak setakat diploma."
Akiera menarik nafas panjang. Mengeluh. Diulangnya lafaz Astaghfirullahaladzim berulang kali didalam hati. Ditatapnya satu satu wajah dihadapannya. Terasa kecil besar sahaja manusia manusia sombong dihadapannya.
"Puan dah settle? Dah habis segala yang terbuku dihati? Ada apa-apa lagi yang hendak ditambah? Pertama sekali saya Nur Akiera Irdina binti Razak ingin meminta maaf walaupun saya tidak tahu apa salah saya dan bukannya saya tidak mencuba tetapi rezeki saya tiada untuk jawatan sebelum - sebelum ni. Kalau saya dah bekerja, saya takdenya datang nak hadap muka kat sini. Maafkan saya semua, saya bukan nak kurang ajar tapi I need to prove myself that I am not weak so that people can simply accused me for something that I did nothing for them. Assalamualaikum and have a nice day everybody." bentak hatinya sambil melangkah menuju ke pintu keluar. Diseka air matanya dari tumpah.