Deringan telifon mengganggunya.. Aniq berdecit, lalu dia melihat siapa pemanggilnya... tangan kirinya digunakan untuk memimpin Adreena masuk ke dalam hospital.. panggilan itu ternyata dari sekretari pejabatnya.. Aniq mengeluh
"Kenapa?" soal Adreena.. merenung Aniq yang tayang wajah tak puas hati.. entah apa dimarahnya, Adreena tak pasti..tapi selepas dah beberapa kali missed call, terpaksalah dia tanya.. kang mengganggu pesakit lain pula
"Tak, orang pejabat call" jawab Aniq bersama rasa tidak puas hati.. bukankah dia sudah jelaskan bahawa dia cuti dan tidak mahu diganggu
"Jawablah, mana tahu penting" lembut Adreena memujuk
"Kan aku tengah cuti" bidas Aniq.. jelas wajahnya kelihatan bengang.. tak suka sebenarnya dia masih dipaksa bekerja disitu sedangkan dia memang tak ada hati langsung nak bekerja.. semuanya gara-gara Stephen yang masih belum bersedia untuk masuk kerja dan Anvaya masih bercuti kerana bersalin tempoh hari
"Sebab awak tengah cuti lah, dia call awak.. mesti bukan saja saja tu" sambung Adreena pula.. bahu Aniq diusap beberapa kali
"Kau mana faham, kau takde kat tempat aku.. aku tak suka kena paksa kerja kat situ, kau faham?" Aniq mengalih pandangan.. menepis tangan Adreena yang mendarat di bahu tegapnya
Adreena senyum kelat.. segera dia menarik semula tangannya dari memegang Aniq.. itulah yang membuatkan Aniq sedar akan perbuatannya.. dia meraup wajahnya sebelum tangan kecil itu dipautnya.. Aniq pejamkan mata.. semakin lama, semakin dalam cintanya buat Adreena
ya, dia tak boleh.. takkan boleh.. hidup tanpa Adreena
"Aku.. minta maaf" untuk semuanya.. lama juga Aniq melihat wajah Adreena sebelum dia mengeluh.. seketika segaris senyuman dipipi Adreena membuatkannya kembali lega
"Awak jawab call ya?" soal Adreena.. meyakinkan Aniq.. dia menganggukkan kepalanya beberapa kali.. sehingga lelaki itu sendiri tersenyum kerana perbuatannya
"Hm.. tunggu sini sekejap" ucap Aniq sebelum meninggalkan Adreena disitu
Ya Allah, akhirnya.. Engkau dengar jua doaku
Hampir beberapa minit menunggu, Aniq kembali semula dengan muka monyok..
Adreena berdiri semula.. menunggu Aniq datang kepadanya
"Dorang perlukan aku untuk jumpa klien.. aku tak dapat teman kau harini" ucap Aniq
"Takpelah kalau macam tu" biarpun ada sedikit rasa sedih di dalam dirinya, tapi perkembangan Aniq pun sudah cukup buatnya.. jika dia bersabar sedikit sahaja lagi, tentu hubungan mereka akan pulih sepenuhnya
"Aku dah janji dengan kau" Aniq sungguh kesal.. dia sungguh berada dalam keadaan terpaksa memandangkan itu klien terbesar mereka
"Awak, tak apa lah.. dahulukan kerja tu, nanti kat rumah kita jumpa okay?" pipi kasar lelaki itu disentuh perlahan.. bibirnya tersungging senyuman kecil.. cuba memberi semangat pada Aniq
"Adam mesti faham papa dia busy" telapak tangan Aniq diletakkan diperutnya.. bebola mata Aniq turut mengikuti pergerakan tangan Adreena
"Fine.. jaga diri" ucap Aniq
"Ya" jawab Adreena
Aniq melepaskan keluhan.. dia turut tersenyum.. membalas senyuman manis dari sang isteri.. entah kenapa, berat benar hatinya hendak melepaskan Adreena sendirian.. sedangkan Adreena berada dalam hospital.. bukannya di tempat yang membahayakan.. mungkin trauma kejadian Adreena diculik tempoh hari
"Dah lah.. pergi cepat" usik Adreena sambil tertawa kecil
"Kejap.." ucap Aniq sambil mencapai lengan Adreena
YOU ARE READING
Absquatulate love [|completed✓|]
RomanceAniq Khaleef, Siapa sebenarnya lelaki misteri itu? Macam dia, tapi bukan dia.. Pertemuan Adreena Aqyra dengan seorang doktor 'life saver' ini benar-benar mengganggu hidupnya.. dia yang dihantui kisah silam itu membuatkan Adreena sering keliru.. lela...
![Absquatulate love [|completed✓|]](https://img.wattpad.com/cover/304106772-64-k238915.jpg)