Sesampainya sahaja diperkarangan rumah itu, Aniq diam.. matanya masih menatap kosong bangunan yang dahulunya menjadi lubuk kebahagiaannya.. dia termenung buat seketika.. cuba memproses apakah dia patut melakukan apa yang dia harus lakukan sekarang ini
"Kalau kau masih belum bersedia, kita balik dulu.. nanti kita-"
"Takpe Fiyadh.. aku masuk" sekilas wajah Fiyadh yang kerisauan itu dipandangnya
Fiyadh tersenyum nipis.. sekadar membalas senyuman Aniq yang kelihatan sungguh hambar dan tak berseri itu.. bahu sahabatnya dirangkul.. mahu menyalurkan sedikit semangat.. tak betah rasanya melihat rakannya yang dahulu cukup ceria, berubah menjadi pemurung seperti itu
"Thanks Fiyadh.. kau banyak bersabar dengan aku.. banyak tolong aku.. walaupun aku dah-" Aniq sebak.. setiap kali teringat akan salahnya, rasa terkilannya bahkan semakin kuat.. Aniq sedar, dia terlalu bodoh dan buta selama ini
"Niq.. kau sahabat aku, Niq.. dunia akhirat.. aku akan ada untuk kau.. susah senang kita sama sama" tanpa dipinta, air mata jantannya mengalir.. setiap kali bersama dengan Aniq, dia teringat akan Adreena.. pesan wanita itu akan dia semat sehingga ke akhir nyawa
"Aku nak kau kuat.. aku nak kau bahagia macam dulu.. tu je" Fiyadh sedar, permintaannya terlalu sukar buat Aniq.. tapi yang nyata, memang itu doanya buat Aniq
Dia mahukan sahabatnya kembali 'bernyawa'
Aniq tersenyum.. entah dia mampu atau tidak untuk melakukannya, Aniq tak pasti.. namun dia cuma menangguk.. mana mungkin dia mengulang kesilapan yang sama? mengecewakan insan insan yang menyayangi dan menghargai dirinya
"InsyaAllah" ya, dengan izin Allah
"Aniq.. ambil lah masa sebanyak mana pun kau perlukan.. aku tunggu kau" ucapnya setelah Aniq mula memasuki perkarangan rumah.. Aniq pula cuma mengangguk.. itu pesan yang sudah Fiyadh nyatakan sebelum mereka gerak dari rumah lagi
Saat bayang Aniq mula hilang, Fiyadh menyapu air matanya yang sudah mengalir di pipi.. dia tersenyum nipis.. serta merta fikirannya terarah pada arwah Adreena.. bagaimana hatinya jatuh kasih terhadap Aniq, begitu juga dia kasihkan Adreena.. mereka berdua sahabat terbaik yang Allah telah hadirkan buat dirinya
"Adreena.. InsyaAllah.. saya akan jagakan Aniq untuk awak.. jangan risau, ya" ucapnya sebelum kereta mula meluncur membelah jalan.. sesuai janji antara dia dan Aniq, dia akan datang semula apabila Aniq menelefonnya semula nanti
Biarlah lelaki itu melepaskan rindu sepuas hati..
__
"Assalamualaikum, sayang" bisiknya lembut.. kerana dia tahu, tiada siapa bakal menjawab salam itu
Bunyi pintu mengisi jeda.. ditutup perlahan sebelum kakinya mula meneroka ruangan itu.. tidak lama, tapi semua sudut Aniq lewat.. tadi dia sudah lalu dapur dan ruang tamu.. lama juga dia bertapa di bawah.. larut dalam perasaannya apabila bermacam memori dan kenangan bersama Adreena menerjah minda.. seketika dia tersenyum, terkadang dia tertunduk kesal dan menangis.. itu rutinnya sejak kebelakangan ini
Tingkat dua pula dijejak.. makin terasa dekat dirinya bersama Adreena kerana mereka banyak meluangkan masa bersama disitu.. menemani Adreena marathon kdrama ataupun cdrama.. Aniq mengeluh... setelah hampir berbulan lamanya, barulah Aniq punya kekuatan untuk menjejakkan kaki ke rumah mereka.. itupun tanpa Adam disisi
Pintu bilik Adreena yang tidak berkunci itu dikuaknya.. tersenyum nipis apabila masih ada lagi bau Adreena yang melekat di bilik itu.. bukan perfume.. tetapi wangian yang softener yang selalu Adreena guna untuk mencuci semua fabrik dalam rumah mereka.. bau yang dia akan hidu setiap hari.. setiap masa.. dulu...
YOU ARE READING
Absquatulate love [|completed✓|]
RomansaAniq Khaleef, Siapa sebenarnya lelaki misteri itu? Macam dia, tapi bukan dia.. Pertemuan Adreena Aqyra dengan seorang doktor 'life saver' ini benar-benar mengganggu hidupnya.. dia yang dihantui kisah silam itu membuatkan Adreena sering keliru.. lela...
![Absquatulate love [|completed✓|]](https://img.wattpad.com/cover/304106772-64-k238915.jpg)