Meskipun dia cuba mengangkat wajahnya, hatinya masih terasa sakit melihat sepasang wajah yang memandangnya dengan riak takut dan sedih.. hipokrit benar manusia.. berbolak balik bicaranya.. mana sayang dan cinta yang Adreena sering jaja? cakap tak serupa bikin
"Thanks.. thanks for everything" air mata jantannya gugur jua.. menjadi saksi kecurangan Adreena buat kali keduanya itu bukan mudah.. puas selama ini dia memujuk hati, mungkin juga dia silap.. tapi ini sudah kali kedua, mana mungkin hanya salah faham.. tidak mungkin dia silap
"Awak.. saya boleh explain-" laju dia mencapai tangan kasar Aniq
"I won't hear any words from you.. aku tak sangka yang aku boleh kahwin dengan perempuan sekeji kau" dia menunding jari ke arah Adreena yang beria-ria menangis itu.. Adreena menekup mulutnya.. tak sanggup mendengar tomahan dari suaminya sendiri
"Aniq, sumpah.. demi Allah, apa yang kau nampak tu tak betul.. Adreena tak sihat-"
Buk!
Penumbuk dilepaskan pada Fiyadh.. mujur sahaja dia di tempat yang lengang dari manusia.. Adreena segera mendapatkan Aniq.. sumpah, kali ini dia betul-betul menyesal kerana tak bersikap jujur pada Aniq tadi
"Tak sihat, huh? entah kalau aku tak ada kat sini.. korang berdua dah berpelukan, lepastu apa? tidur sekali?" Aniq tertawa sinis
Lemah longlai kakinya mendengar bicara kasar lelaki itu.. namun menyedari dirinya tak mampu hendak mempertahankan diri, air matanya laju merembes keluar.. dia mahu mematahkan segala salah faham itu tapi dia sungguh tidak mampu
"Ya Allah, awak" sungguh hatinya berderai mendengar fitnah yang terbit dibibir Aniq
"Kau salah faham ni! tolonglah, Aniq!" Fiyadh meraup wajahnya.. menggosok pipinya yang terasa sakit akibat penumbuk sulung dari lelaki itu
"Mulai saat ni.. aku taknak tengok muka korang berdua depan mata aku! dua-dua boleh pergi mampus!" usai itu, Aniq melangkah pergi.. tak sanggup lagi dia memandang kedua-dua orang yang sanggup mempermainkan hidupnya dua kali
Langkah lajunya cuba disaingi oleh Adreena dari belakang.. beberapa kali wanita itu menyeru namanya, namun Aniq langsung tak membalasnya.. kali ini, sedikit pun rasa kasihan atau sayang tersisa dalam diri.. yang ada cuma amarah, benci, dan kecewa yang bersarang di hati
Dek kerana lif yang terlalu lama hendak sampai ke tingkatnya, Aniq memilih untuk turun melalui tangga sahaja.. tak betah rasanya berada disini.. dia mahu pulang.. semua ini terlalu berat buatnya
"Awak tunggu lah.. dengar dulu penjelasan saya.. please" akhirnya lengan Aniq berjaya dipautnya.. biarpun Aniq menepisnya kasar namun Adreena berjaya buat Aniq memandangnya
"Eh perempuan.. apa kau nak lagi?!" jerkahan itu membuatkan Adreena kebelakang.. terkejut dengan sikap drastik Aniq
"S-saya cuma teman Fiyadh beli cincin perkahwinan dia.. tak ada apa pun yang jadi.. percayalah" dengan air mata yang jatuh bercucuran, Adreena masih cuba menjelaskan apa yang terjadi sebenarnya
"Tadi kau jual nama adik kau.. aku yang bodoh ni, percayakan kau.. rupanya belakang aku, kau keluar dengan jantan.. dua kali Adreena.. kau tak fikir ke? depan mata aku benda ni jadi!! kau masih nak tipu aku lagi ke hah?!" tengking Aniq.. dia sedang mengawal diri agar tidak naik tangan pada Adreena yang masih nak menjual air matanya
"Semua ni cuma salah faham, awak.. percayalah saya.. tolonglah"
"Ya, aku bodoh! aku cuba untuk terima kau semula lepas apa yang jadi antara kita.. aku cuba percayakan kau, tapi.. sekarang aku dah faham.. Allah nak tunjuk siapa kau sebenarnya.. kau tak payah nak tayang sedih kau kat sini.. aku dah basi dengan lakonan kau!"
YOU ARE READING
Absquatulate love [|completed✓|]
RomansaAniq Khaleef, Siapa sebenarnya lelaki misteri itu? Macam dia, tapi bukan dia.. Pertemuan Adreena Aqyra dengan seorang doktor 'life saver' ini benar-benar mengganggu hidupnya.. dia yang dihantui kisah silam itu membuatkan Adreena sering keliru.. lela...
![Absquatulate love [|completed✓|]](https://img.wattpad.com/cover/304106772-64-k238915.jpg)