Bab 59

15 0 0
                                        

Are you guys ready? (sediakan tisu if perlukan)

Playlist:

Cinta terakhir by Aiman Sidek:)

___________________________________________

Setiap sujudnya, Aniq berdoa atas keselamatan Adreena.. dan setiap bait doa yang terlakar di sanubarinya membuatkan air matanya gugur.. lama dia mengambil masa untuk melunaskan solat hajatnya.. semua ahli keluarga sudahpun diberitahu tentang keadaan Adreena.. itupun atas bantuan Fiyadh dan Stephen

Usai memberi salam, Aniq beristighfar.. cuba untuk menenangkan dirinya.. setelah itu, tangannya diangkat setinggi-tingginya.. mahu memanjatkan doa pada yang Esa.. satu-satunya tempat bergantung untuk seorang hamba kerdil sepertinya.. memohon sesuatu yang dia perlu dan damba

Ya Rahman Ya Rahim,
Sesungguhnya aku hambamu yang alpa.. leka dengan segala nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku,

Hening malam itu seakan mencucuk jiwa dan raganya.. doanya terhenti seketika, dia berlawan dengan rasa sebak sehingga bibirnya tak mampu mengucapkan bait kata

"Aku bersyukur kerana Engkau titipkan Adreena Aqyra, bidadariku.. Sesungguhnya, dia telah menyempurnakan dan membahagiakan hidupku.. aku.. aku terlalu mencintainya"

Aniq tersenyum nipis.. senyuman Adreena bagaikan terlayar dimindanya.. sungguh dia tak dapat bayangkan hidupnya tanpa Adreena disisi

"Maka, janganlah Engkau ambil dia dari hambamu yang lemah ini.. beri aku peluang untuk menjadi suami yang terbaik buatnya.. menjadi figura ayah buat anakku yang bakal lahir.. selamatkan mereka berdua Ya Allah"

Pecah tangisannya... sungguh hanya itu yang dia mahu tatkala ini.. dia tiada kemahuan yang lain

"Berikanlah isteriku kekuatan untuk berjuang dibilik itu.. hadirkan ketenangan didalam hatinya.. dan kau permudahkanlah segalanya" perlahan-lahan tangannya menyapu muka.. hatinya terlalu berharap agar doanya dimakbulkan

semoga,

bahagia itu masih milik mereka

##

Langkahnya longlai.. terasa berat benar dirinya untuk bergerak.. dayanya bagai direnggut seluruhnya.. lemah, tak berdaya lagi... bukannya dia tak mahu bersikap positif, namun dia terlalu takut akan kenyataan yang dia bakal hadap.. dan untuk terlihat kuat dihadapan keluarga dan sanak saudara, Aniq takut dia gagal.. bibirnya tak henti beristighfar, cuba untuk bersangka baik dengan sang Pencipta.. dia mahu berharap, dia mahukan isteri dan anaknya semula

Aniq menunduk.. meski ruang itu penuh dengan ramai orang, namun dia memilih untuk berdiam diri.. membiarkan Fiyadh sahaja yang menghadap mereka.. dia pula, larut dalam rasa yang makin lama membuatkan dia keliru.. terkadang sedih, terkadang kecewa, dan yang paling berat sekali, rasa bersalah terhadap Adreena dan bakal anak yang akan lahir itu

Ya Allah, hanya untuk kali ini.. berikan aku kesempatan itu

"Aniq" usapan dibahu itu mengejutkannya

"Ayah" suara serak itu menjawab panggilannya.. ada getaran.. wajah bapa mentuanya dipandang sekejap sebelum dia kembali menunduk

"Kuatkan diri kamu nak" pesanannya ringkas namun menusuk masuk ke dalam dadanya.. Aniq bungkam.. dia sendiri tak dapat mencari kekuatannya sedangkan kekuatannya adalah Adreena

"Aniq takut, ayah" terlalu takut.. dia yakin, dia tak boleh hidup tanpa Adreena
 

"وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَارْغَبْ ( Al-insyirah ayat 8)"

Absquatulate love [|completed✓|]Where stories live. Discover now