TPS - BAB 1

3.7K 127 15
                                    

BAB 1

"LIA ?".

Tidak ada sebarang tindakbalas terhadap panggilan itu.

"Lia ? Lia?"

Lia Hana menoleh kepada lelaki yang menyebut namanya itu. Sedikit terkejut Merenung seraut wajah tampan di hadapan. Memang betul itu panggilan untuknya. Setelah tiga kali pangkal namanya disebut, terasa dia tidak salah mendengar. Masalahnya, ia keluar dari mulut lelaki yang entah dari mana munculnya. Tiba-tiba mengejar dan memanggil-manggil. Saat ini, otaknya bekerja keras mengingati ,jika pernah mengenali jejaka ini. Gagal! Tiada lansung memorinya terhadap orang ini. Memanglah kacak ! Tetapi entah siapa-siapa . Berani pula menjerit namanya ditengah-tengah kebisingan dan orang ramai begini.

"Lia ? Macam mana boleh ada di sini ?"

Hah? Lia Hana masih terpinga-pinga seperti tidak percaya lagi. Lelaki ini betul-betul mengenali dia ke? Sekali lagi dia mendongak memandang wajah tersebut. Lelaki itu tersenyum mempamerkan gigi putih berseri serta tersusun rapi. Hendak tidak hendak bibirnya terpaksa mengungkapkan kata yang lahir dari tindakan otak dan perasaan yang telus.

"Saya kenal awakkah ?"

Lelaki itu membulatkan mata kepadanya. Seperti kurang percaya dengan soalan pendek yang lahir dari bibir mungil itu.

"Heh? Takkan dah lupa abang ? Tahulah abang bukan pilihan Lia, tapi takkan sampai tak kenal dah ? Sampai hati Lia buat abang begini . Sedih abang...".

Berkerut dahi Lia Hana. Mamat seorang ini, rupa memikat hati, tapi mungkin wayar ingatannya ada yang putus agaknya. Datang entah dari mana, tiba-tiba mengaku mengenali dirinya. Siap dengan muka sedih-sedih dan kecewa lagi. Namun nama yang disebut itu sememangnya betul. Lia!. Itu panggilan untuknya!

"Encik salah orang agaknya. Saya betul-betul tak mengenali encik. Minta maaf ya".

"Lia ? Sampai hati .....Jika tak sukapun, janganlah kata tidak mengenali abang".

" Sungguh encik, saya betul-betul tidak kenal".

Lia Hana enggan berlama-lama berteka-teki dengan lelaki tersebut. Orang biul, detik hatinya. Kakinya pantas sahaja melangkah untuk bergerak. Kebetulan matanya telah terperasan Salina yang melambai-lambai tangan dari restoran makanan segera berhampiran. Lelaki tersebut masih seperti tidak percaya dengan kata-katanya. Tangan Lia Hana dicapainya.

"Hissh! Apa ni ?.

Sediki terjerit suara Lia Hana. Terkejut lalu.spontan merentap kembali tangannya. Pantas mempercepatkan langkah masuk ke restoran menuju ke meja yang diduduki Salina bersama dua orang gadis yang lain. Sedikitpun dia tidak ingin memandang kembali lelaki yang berlaku kurang sopan terhadapnya tadi. Lelaki tersebut juga seperti terkejut dengan tindakannya sendiri. Akhirnya hanya matanya sahaja yang mampu mengiringi langkah pemergian Lia Hana sehingga ke dalam .

Agak tercungap-cungap Lia Hana ketika manarik kerusi dan melabuhkan punggungnya disitu. Salina juga terdiam memerhatikan kawannya dan seketika kemudian membuang pandang kepada lelaki itu, yang masih terpaku memandang ke arah mereka.

" Siapa dia lelaki macho di luar tu Lia ? Kau tak pernah cerita pada akupun? Macam drama pula aku tengok kau orang berdua. Siap tarik-tarik tangan lagi".

"Entah Lina. Orang sewel agaknya. Akupun tak kenal".

"Takkanlah tak kenal boleh sampai macam tu sekali. Tengok tu....dia masih pandang-pandang engkau!".

"Dia ada lagi ke kat luar tu ?".

"Ada....lah. Tampan sangat....Lia".

" Hiss...Engkau ni Lina. Aku ni seramlah ! Tapi dia kenal aku. Dia panggil aku berkali-kali. Sumpah aku tak kenal dia . Seramlah aku Lina. Dia siap cakap macam orang putus cinta lagi.....Aku rasa dia macam tak betul saja. Ataupun tengah kecewa bercinta. Habis apa kita nak buat ni Lina ?".

TIDAK PERNAH SESALWhere stories live. Discover now