TPS : BAB 15

1.6K 78 18
                                    

SYED AZEEM telefon .

"HANA... please keluar? Sekejappun jadi. Lama dah tak keluar sama..."

Tak tertahan perasaan , petang sabtu itu, Syed Azeem tidak putus-putus memujuk Lia Hana berjumpa. Dah lama dia orang tak keluar dan sembang-sembang panjang. Banyak perkara yang hendak diceritakan. Sungguh!

"Banyak kerja you... Banyak tak siap lagi ni."

Minggu-minggu kebelakangan ini adalah minggu paling sibuk Lia Hana. Sebagai Pengurus Kawalan Kualiti, dia dipertanggungjawabkan untuk menjadi ketua dalam sistem dokumentasi dan perlaksanaan ISO yang bersepadu dengan Sistem Pengawalan Keselamatan Makanan yang di keluarkan. Syarikatnya telah dikurniakan sijil bagi sistem yang telah dilaksanakan itu. Untuk memastikan sijil tersebut terus dikekalkan, sistem perlaksanaannya perlu di audit oleh juru audit luar setiap dua tahun sekali. Keputusan dari juru audit luar akan memastikan kesinambungan sijil , samada boleh dikekalkan atau sebaliknya. Mungkin juga perlu beberapa pengubahsuaian untuk terus dipraktikkan.

Dua bulan lagi untuk di audit external . Jadi sekarang adalah masa untuk audit internal dahulu. Laporan audit internal wajib ada untuk di lihat oleh juru audit external. Semua ni di bawah tanggungjawab Lia Hana untuk pastikan rekod dan dokumentasi lengkap.

Dia rasa tak cukup masa untuk menyelesaikan semua kerja . Tiap-tiap hari berkampung di pejabat hingga larut malam. Nasib baik juga di temani beberapa orang pembantu, yang juga diarah untuk membuat kerja lebih masa. Jadi, dia tidaklah terasa keseorangan megejar 'date line ' yang ditetapkan.

Dan Lia Hana lega , dengan kesibukan itu, menjadi alasan untuk dia menjarakkan diri dengan Azeem. Dia telah berazam supaya tidak terlalu rapat dengan pemuda tersebut , sebelum perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Sebelum terjebak lebih parah. Dia masih berkawan, cuma tidak perlu seakrab dulu. Ingat pesanan Cikgu Jamalia. Dia sayang emaknya, dan dia taat kepada orang tuanya.

"Alaah... kejap pun jadilah! Boleh la...Please".

Azeem berusaha memujuk lagi .Pada mulanya dia terasa seolah-olah Lia Hana sengaja menjauhkan diri darinya. Dia kurang percaya bila gadis itu mengatakan terlalu sibuk. Tapi bila dia terperasan kereta Lia Hana yang tidak bergerak-gerak dari tempat parkir, baru dia sedar gadis itu memang sibuk. Kadang-kadang hingga pukul dua belas malam belum balik rumah . Syed Azeem juga jadi penunggu setia. Tetapi di pejabatnyalah . Dapat pandang dari jauhpun jadilah. Atau dapat pandang keretapun dah okey. Sekurang-kurangnya dapat rasa si tuan ada dekat-dekat. Ahaks... Perasaan apakah ini?

"Please...Please...Please..."

Om mak ai... Rayuan Azeem tetiba buat seluruh ketahanan Lia Hana menjadi lemah. Imannya sudah tergugat. Suara lelaki itu...Bikin hati perempuannya cair.

"Pergi pasar malam nak?"

Sudikah orang tu? Sibuk nak ajak keluar sangat, lebih baik bawa dia ke pasar malam. Baru padan muka dia hehe. Lia Hana senyum dengan omelannya. Lagipun, tekak dia terigin sangat hendak makan nasi kerabu kakak Kelantan di pasar tersebut. Sejak sibuk ini, dia tidak berkesempatan untuk pergi. Makanan kegemarannya tu.

"Orite. Nanti saya jemput you di entrance ya"

Tak sangka pula Azeem terus setuju dengan cadangannya . Tak bantah sikitpun.

"Err...You okey ke pergi pasar malam?"

" Okey la . Kenapa tak? Dah lama saya tak pi sebab pemandu pelancongnya asyik sibuk di kilang sardin tu aje, hingga tidak sudi luangkan masa untuk saya."

Sebenarnya Syed Azeem juga teringin untuk makan rojak Singapore yang di jual disitu. Semua bahannya di goreng di tapak gerai, dijual panas-panas. Udang, sotong, ketamnya segar dan baru. Kuah pula sedap yang amat. Cuma Azeem kurang selesa dengan keadaan bawah tapak gerai . Becak!Kalau hari hujan, keadaan jadi bertambah teruk. Jika dia memakai sandal , kakinya akan gatal-gatal kerana terkena air kotor . Itu yang dia tidak sanggup! Nak pakai kasut mahal berkilat...Rasa tak sesuai untuk ke pasar malam.

TIDAK PERNAH SESALWhere stories live. Discover now