TPS - BAB 9

2.1K 86 12
                                    

BAB 9

"LAJUnya jalan tu Wanee ? Tak tinggal stamina untuk sampai ke atas ke ? Perlahanlah sikit...."

Syed Azeem menoleh kepada empunya suara tersebut . Seperti kenal sahaja menusuk ke telinganya. Sedap , lunak, manja, dan cukup menghiburkan! Seperti yang diharapkan , wujud wajah yang didambakan itu di belakangnya. Sedang berjalan laju mengejar temannya yang agak ke hadapan. Waah! Pagi-pagi sudah terserempak dengannya. Seolah-olah kuat benar jodoh dengan si gadis ini. Jika teringat-ingat sahaja, dia pasti menjelma ke alam nyata. Sengaja dia mendiamkan diri, tidak menegur , untuk melihat telatah gadis tersebut bersama temannya. Teman baru, kerana dia tidak pernah berjumpa yang ini. Biasanya dia bersama dengan kawannya yang tembam dan bermulut burung murai tu.

"Takkan akak tak ada stamina kot? Dengar hari-hari buat exercise ? Mesti kalah Wanee ni yang asyik berkurung kat kilang apek tu, tak berjogging , tak main game apa-apa". Teman Lia Hana sedikit terjerit membalas permintaanya tadi.

" Alaaa....Kot berat akak ni dah naik agaknya. Maklumlah tinggal dengan si Lina tu. Makan, makan, makan aja kerjanya. Jadi akakpun sedikit sebanyak terkenalah juga sindrom tu...." Seperti termengah-mengah Lia Hana menjawab. Kini dia sudahpun beriringan dengan Wanee. Sememangnya, jika ada kelapangan, mereka akan membuat janji untuk beriadah bersama.

"A'aah lah akak. Kalau pi rumah akak, ada banyak makanan . Dari nasi, kuih, jajan semua ada. Macam kat pasar malam . Boleh pilih-pilih apa yang nak di makan". Wanee sengih, menampakkan giginya yang halus-halus.

"Tahu tak apa. Tu semua kerja minah temban tu...la. Dia jarang balik kampung. Apa lagi ,kerjanya kat dapur sajalah. Kalau dia tension, lagi banyak makanan dibuatnya. Kadang-kadang membazir-bazir ke dalam tong sampah. Kesian kanak-kanak kat Utophia dengan Aghanistan tu, dia orang punyalah kurus-kurus sebab tak cukup makanan, kita boleh buang-buang makanan gitu aje ".

" Wanee ni termasuk dalam golongan kanak-kanak tu ke, kak ?"

" Kau tu kerempeng sebab genetic. Makanlah banyak manapun, akak tengok gitu juga badannya. Kadar metabolisma tinggi sangat! Kiranya tak ada faedahlah juga jika makan banyak-banyakpun. Habiskan boreh negara je...".

Dua-dua gadis mengekek ketawa. Syed Azeem memasang telinga mendengar apa yang dibualkan . Banyak juga bercakap dan ketawa si gadis Lia Hana tu bila bersama temannya. Peramah dan menghiburkan. Jika berdua dengannya, nampak cukup hati-hati, ayat-ayat yang keluar dari mulut comel itu. Hamboih...Kementar, tak menahan!

Logiklah juga kan . Dia hanya sekadar seorang lelaki yang baru dikenali, malah cara kali pertama bertemu dahulu juga agak musykil bagi si gadis. Jika tidak kerana dia kes bantuan kecemasan dahulu, agaknya sampai sudah Lia Hana tak ingin bercakap dengannya. Jadi , jangan haraplah gadis itu hendak terlebih-lebih ramah. Setiap mesejnya pun dibalas sebagai berbahasa sahaja, jangankan tidak, kerana telah termakan budi. Tetapi tidak mengapa, dapat melihat dia melalui jendela kaca pun jadilah, tidak mendengar suarapun tidak mengapa. Hep...Rahsia ni!

Mujur juga Lia Hana tidak menyedari kehadirannya yang berdekatan di situ. Mungkin juga pagi ini dia memakai topi cap, jadi penampilannya berbeza dari biasa . Ataupun, gadis itu terlalu asyik melayan cakap temannya. Sungguh, seronok juga jika berteman . Tidaklah rasa sunyi keseorangan, seperti apa yang dirasainya lewat tahun-tahun kebelakangan ini. Aaah...Sejak ada gadis ini, baru dia perasan yang hidupnya selama ini membosankan!

Mengikut detik hatinya, pagi ini mendatangkan tuah!. Entah tiba-tiba dia teringin untuk mendaki Bukit Larut ni . Bukit yang kini selalu ditenungnya, tetapi seolah-olah tidak pernah dilihat sebelum ini, padahal terbentang luas di hadapannya setiap hari. Jangankan mendaki, kewujudannya pun dia tidak perasan. Tidak disangka pula, kakinya teramat ringan mengikut kata hati menemukan lagi sesusuk tubuh yang selalu berada di mindanya kini.

TIDAK PERNAH SESALWhere stories live. Discover now