Magis
Hai. Nama gua Lilo. Gua? Hahaha. Aneh bunyinya. Aku rasa macam cakap, hai, nama saya Gua Niah. Hai nama saya Gua Kecil. Gua terlalu pelik bunyinya bagi aku. Jadi aku rasa, aku pergi kepada perkenalan biasa je la.
Hai. Nama aku Lilo. Lilo Nezmi. Seorang budak lelaki belasan tahun yang masih hingusan. Hahahahaha. Aku gelar diri sendiri hingusan sebab nak dapat belas kasihan pakcik dan makcik untuk kutip duit raya. Walaupun yeahh *rolling eyes* aku ni ahli sihir tapi aku tak boleh pop out kan duit tu macam apa je depan mata and terus jadi kaya raya semedang sepanjang zaman. Even Albus Dumbledore si bekas pengetua Hogwarts pun tak boleh buat macam tu yop. Mesti korang rasa macam bangang kan. Apa je la mamat ni merepek. Ahli sihir? Gosh dude. Is it even real yang ahli sihir tu wujud? Aku macam tak percaya je.
Meh sini kalau kau tak percaya. Kau datang depan aku and lepas tu aku sihir kau jadi katak. Kah kah kah. Suka hati kau la yop nak percaya ke tak yang ahli sihir wujud ataupun tidak. Yang penting aku tahu , ahli sihir macam aku memang wujud. Ya ya, aku tahu memang ramai yang akan persoalkan, macam mana nak tahu yang ahli sihir tu ada.
Well, apa yang aku boleh cakap, ada je banyak ahli sihir keliling kau, cuma kau je yang tak sedar. Sebagai contohnya, kau pernah tak tetiba terhilang barang. Example yang paling mudah, tetiba kau tak jumpa kunci motor kau padahal kau da yakin gila yang kau letak kunci motor kau kat atas meja makan. Sebenarnya kunci motor kau ada je atas meja makan tu cuma kunci tu mengecut jadi kecik sampai kau tak nampak. Memang la orang selalu cakap,
"ni mesti tertinggal mana-mana atau tercicir mana-mana." Tapi the real story is, mesti ada ahli sihir yang kenakan kau and guna Sihir Mengecut pada kunci motor kau.
Contoh yang lain pulak, pernah tak tetiba kau bangun tidur, tangan kau berbekas merah la ataupun kaki kau tetiba kejang la atau tetiba ada lebam la kat anggota badan atau kau rasa penat gila macam baru lepas buat marathon merentas Malaysia satu hari satu malam atau tetiba ada luka kat tangan la jari la lepas bangun tidur. Mesti pernah kan? Well, sebenarnya kau da encounter dengan ahli sihir sebelum tu tapi kau tak ingat. Semestinya la ahli sihir tu guna Sihir Bingung pada kau atau guna Sihir Mimpi supaya kau tak ingat yang kau da pernah encounter atau jumpa dengan dorang sebelum itu.
Kalau rumor orang tua pulak selalu cakap, kalau lebam-lebam atau luka lepas bangun tidur tu mesti kena hempap dengan setan la kena gigit dengan jin la bunian la apa la, pfft. Hahahahhahahahahahahah, bila aku da kenal dengan dunia sihir, benda rumor yang orang tua-tua pernah cakap, memang la buat aku gelak je.
Kau kadang-kadang tak paham, kenapa lepas bangun tidur rasa penat je ataupun kenapa rasa mengantuk lagi padahal da tidur lama gila. Sebenarnya, kau tak la tidur lama sangat. Kau cuma tidur sekejap je. Tapi ye la, sebab ahli sihir da buat Sihir Bingung atau Sihir Mimpi pada kau, mana la kau nak ingat. Kan?
Jadi, macam mana nak mulakan ye. Emm, macam mana nak mulakan cerita ni? Macam mana aku nak cerita pada hangpa semua pasal kisah aku. Hah! Aku tahu macam mana nak mulakan cerita ni. Well, every story. I mean, setiap kisah kanak-kanak mesti akan bermula dengan....wait a sec. Kisah kanak-kanak? Hahahahahhahah. Kisah kanak-kanak pun boleh. Ah gasak, jadi, let's start our story.
Once upon a time....
Klise kan? Hahahahhaha. Lantak. Sekarang dengar.....
Pada suatu ketika dahulu, dan masa tu, umur aku baru je 14 tahun masa aku dapat surat tawaran belajar ke sekolah ahli sihir. Masa tu aku dapat surat tawaran belajar ke KGMS. Banyak je sekolah ahli sihir lain kat dunia ni. Berlambak. Yang paling femes, tentunya Hogwarts yang dekat UK itu. And then Salem dekat Turki, Beauxbatons dekat Perancis, Durmstrang dekat Iceland, Lodewijk dekat Belanda and sekolah tersayang aku, KGMS dekat Malaysia. Ye ye. Aku tahu. Hogwarts, Beauxbatons and Durmstrang pernah dinyatakan dalam novel JK Rowling. *rolling eyes* JK Rowling pun bukanlah manusia biasa. Dia ahli sihir macam kitorang jugak. Sebab tu dia boleh tulis kisah Harry Potter dengan sangat bagus. Sebab Kisah Harry Potter tu ialah kisah yang betul. Cerita benar yang sememangnya benar lagi tidak menipu.
YOU ARE READING
Magis
Teen FictionHai. Nama saya Lilo. Lilo Nezmi. Dunia ni pelikkan? banyak tipu muslihat. banyak tipu daya. banyak pembunuhan. banyak ahli politik yang korup. urghh. dunia ni memang pelik. dan aneh. dan dunia ni jugak bukan sahaja didiami oleh manusia, haiwan, tumb...