"ma ma macam mana...." Lilo da tergagap-gagap nak cakap.
"selamat datang ke dunia sihir." Aidan da menyeringai. jelas tak dapat nak sembunyi sengih bangga tunjuk dunia sihir yang awesome dekat Lilo.
Lilo pandang kiri, kanan, depan, belakang dia. This is amazing gila. pemandangan dekat depan mata dia da totally berubah. sebelum ni penuh dengan warga KL yang berpusu-pusu pakai jeans, baju kurung and baju kasual and also formal orang nak ke pejabat bagai, tapi kini pemandangan dekat depan mata dia, I mean, apa yang Lilo nampak dari tingkat atas parkir tu orang yang totally have different view of fashion. Actually, still sama je berpakaian macam manusia normal yang lain.
Cuma kalau dalam cerita Harry Potter, selalu disebut bahawa ahli sihir ni tak tahu nak pakai baju macam manusia normal yang lain. selalunya mesti ada error la dalam berpakaian. kalau ahli sihir lelaki tu, ada yang pakai jubah la, baju kelawar perempuan la apa la. kadang-kadang dia pun tak paham apesal all those ahli sihir dalam cerita Harry Potter tak tahu nak pakai baju macam manusia normal yang lain. tapi apa yang dia nampak kat depan mata dia memang superb. Ahli sihir dekat all those depan mata dia ni semuanya cool gila pakaian dorang.
Lilo pandang Aidan. "kenapa dalam Harry Potter disebut yang ahli sihir tak tahu berpakaian macam manusia biasa?"
Aidan sengih. "tu zaman dulu Lilo. lagipun setting Harry Potter dekat England. tapi ahli sihir dekat Malaysia, most of us can blend well dengan manusia biasa. and tak la buta fesyen sangat. Jom gerak." Ajak Aidan.
Lepas tu Lilo ikut Aidan bergerak menuju ke PWTC untuk beli barang-barang sekolah. mata dia masih meliar tengok atas bawah kiri kanan semua. kejap dia tengok ada makcik and pakcik yang shopping dengan anak-anak dorang yang beli banyak buku-buku teks tebal. ada jugak pakcik yang beli penyapu terbang. ada jugak yang tengah pimpin anak-anak kecil melintas jalan untuk masuk ke PWTC. and sumpah dia nampak orang terbang guna penyapu terbang and mendarat dekat area bumbung PWTC. Lilo tersengih entah kenapa.This is amazing gila duh!
"kenapa sengih?" tanya Aidan. Budak lelaki tu kerling Lilo. emm, tapi nak tengok naga. agak-agak ada ke naga dekat Malaysia ni?
Lilo menyeringai pandang Aidan. Dorang berdua da mula masuk ke dalam PWTC. aircond sejuk da mula terasa kena dekat kulit badan. memang beza habis dengan cuaca panas terik dekat luar sana. "it was amazing Aidan." puji Lilo.
"Told ya." Aidan sengih sebelum gosok-gosok rambut Lilo. Lilo tak marah kali ini. mungkin da biasa dengan tingkah laku Aidan yang suka messy kan rambut dia. kalau dia betulkan balik pun, sama je Aidan akan tetap gosok-gosok rambut dia lepas tu.
"jadi barang pertama apa kita nak pergi beli Aidan?" tanya Lilo semangat. dia keluarkan balik senarai buku, peralatan dan keperluan dari dalam beg sandang dia. dia telek-telek senarai barang dekat kertas kat tangan dia tu.
"sekejap. kita meet up dengan kawan aku." Aidan tengok jam kat tangan. "dia supposedly pun kena jemput seorang bakal freshmen macam kau. aku da janji dengan dia nak beli barang sama-sama. kejap ea." Aidan keluarkan fon dari kocek and mula kol seseorang.
Lilo tengok je Aidan yang tengah kol kawan dia tu. Ahli sihir pun guna telefon weh untuk berhubung dengan orang lain. dia ingat ahli sihir still guna burung hantu untuk berhubung dengan orang lain. mungkin dunia da makin maju and obviously, call seseorang lagi laju dari gunakan burung hantu. and takkan la nak guna burung hantu kat dalam shopping mall segala bagai ni. tak pasal-pasal banyak taik burung nanti. KAH KAH KAH. Lilo tergelak sorang-sorang kat dalam hati bila pikir sorang-sorang.
"okies. aku tunggu dekat area pintu masuk PWTC ni." Bagitahu Aidan dekat kawan dia. "wokies pokies. jumpa kejap lagi." Aidan tamatkan panggilan, masukkan telefon bimbit ke dalam kocek dan mula megajak Lilo untuk beli air dekat kedai serbaneka dulu. Haus katanya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Magis
Ficção AdolescenteHai. Nama saya Lilo. Lilo Nezmi. Dunia ni pelikkan? banyak tipu muslihat. banyak tipu daya. banyak pembunuhan. banyak ahli politik yang korup. urghh. dunia ni memang pelik. dan aneh. dan dunia ni jugak bukan sahaja didiami oleh manusia, haiwan, tumb...