Hai korang! Sorry lambat update sebab aku cuti midsem and aku quite busy untuk benda-benda lain. AKu pun da start writing untuk Final Year Project aku and quite misery jugak bila nak start writing tu. Apa-apa pun, selamat membaca Magis Chapter 7! Hope korang suka and suggest kepada kawan korang untuk membacanya sekali. :) Hiks.
Kalau korang lupa apa yang terjadi sebelumnya, well, korang basically boleh je baca balik chapter 6 of Magis. By the way, aku ada tulis lagi satu cerita iaitu Remaja. Kalau korang nak baca, korang boleh just click at my profile and search for it kay. :)
Happy reading and jangan lupa untuk komen! Segala komen anda amat saya hargai untuk improvement pada masa hadapan. heh. Jangan lupa untuk vote juga ya!
"Kenapa kau macam lencun sangat ni?" Tanya Lilo. Aidan dengan Adriana masuk ke dalam Kedai Buku Soluwax untuk beli buku teks tahun 7 dorang dan buku dia and Nawfal sekali. Jadi dia dengan Nawfal just lepak dekat luar kedai je la.
Nawfal selak rambut ke belakang. Dahi budak tu da berpeluh "tadi Aidan cerita dekat aku. Tak semua orang akan melalui test yang sama."
"huh? Test?" Lilo da tunjuk muka pelik. "test apa?"
"tadi kau buat apa kat dalam bilik tirai maroon tu?"
Lilo julingkan mata ke atas. "obviously jawab soalan mangai banyak gila barabas sampai aku rasa bosan nak muntah. Macam mana kau boleh habis awal gila. Soalan dia mengarut kot!"
Nawfal sengih awkward. "look Lilo. Kau might be just kena jawab soalan tapi aku kena keluar dari hutan."
"huh?" Lilo makin tak paham. "apa yang....."
"macam yang Aidan cakap dekat aku. Test di sebalik tirai maroon adalah berlainan. Dia pun tak tahu kenapa apa yang terjadi di sebalik tirai maroon tu berlainan antara satu sama lain. Tapi itu la kau kena lalui untuk dapatkan tongkat sakti."
"oh." Lilo terfaktab sekejap. Dia termenung sekejap. "jadi, kau tak jawab soalan mengarut mangai macam yang aku jawab tadi la?"
"nope." Nawfal gelak awkward. "macam aku cakap la. Aku kena keluar dari hutan." Gumam nawfal.
"apa yang kau ...."
Soalan Lilo tak habis, tetiba dipintas oleh Aidan. "okay jom. Kita gerak ke kedai seterusnya. " pastu Aidan hulurkan satu plastik besar warna coklat pada dia dan hulur lagi satu plastik besar coklat pada Nawfal.
Aidan bukak surat keperluan belajar dan mula cek senarai barang yang belum dibeli. "next kedai is kedai herba dan posyen."
Lilo tengok ke dalam plastik tersebut dan terus nganga lepas tu. "mak aih. Banyaknya buku teks dalam ni." Ulas budak lelaki tu. Lepas tu dorang berempat mula bergerak ke kedai seterusnya.
"Baru buku first year." Jawab Aidan.
Adriana and Aidan jalan dekat depan sambil budak berdua tu borak benda apa entah. Dia dengan Nawfal jalan berdua dekat belakang sambil bawak beg plastik yang penuh dengan buku teks. Kepala otak dia masih berdengung dengan soalan apa yang terjadi dekat kedai tongkat sakti tu sebenarnya.
"apa maksud kau yang kau kena keluar dari hutan?" Tanya Lilo curious. Sekali lagi, dorang berdua tunggu dekat luar kedai and Aidan serta Adriana masuk ke Kedai Herba dan Posyen Balbir Kaur. Semerta Lilo terbau rempah ratus, makanan india, chapati dan sewaktu dengannya. Kalau nak dipikikan, dia sekarang berada dekat depan kedai ubat dan posyen kot, tapi apa yang dia bau sekarang ialah bau makanan. Hahahahahhaha. Ni lapar sangat ke apa?

ANDA SEDANG MEMBACA
Magis
Teen FictionHai. Nama saya Lilo. Lilo Nezmi. Dunia ni pelikkan? banyak tipu muslihat. banyak tipu daya. banyak pembunuhan. banyak ahli politik yang korup. urghh. dunia ni memang pelik. dan aneh. dan dunia ni jugak bukan sahaja didiami oleh manusia, haiwan, tumb...