Patung

9.3K 442 40
                                    

Zaheerah ambil kotak berwarna biru cair. Tiada sebarang kad ucapan mahupun nama pengirim. Kotak biru tersebut diperhati. Zaheerah goyangkan kotak. Ringan. Senyap. Dia cuba meneka apa isi kandungan kotak tersebut.

"Zaheerah, papa naik atas dulu eh? Kamu masih nak bukak kotak hadiah lagi ke?"

Zaheerah angguk kepala. Herman tersenyum. Dia kemudiannya naik ke bilik tidur. Dia terlalu penat melayan tetamu yang hadir ke majlis sambutan hari lahir anak tunggalnya yang ke-9.

Pembalut kotak Zaheerah koyakkan, jelas kelihatan sebuah kotak berwarna hitam dengan tulisan berwarna merah di atasnya.

MELISSA : KAWAN BAIK ANDA

Zaheerah tersenyum. Penutup kotak tersebut dibuka. Sebuah patung budak perempuan terbaring kemas di dalam kotak. Matanya bulat berwarna hitam. Rambutnya pula cantik disikat rapi. Bau wangi menusuk hidung. Cantik. Zaheerah peluk patung tersebut.

"Hai Zaheerah! Saya Melissa..Sudi tak awak jadi kawan saya?

Zaheerah ketawa. Patung tersebut diangkat separas matanya.

"Hai Melissa! Saya sudi nak berkawan dengan awak. Lagipun saya sunyi."

"Terima kasih Zaheerah. Mulai hari ini, saya akan lindungi awak. Tak akan ada orang yang boleh marah atau cederakan awak. Percayalah saya dan awak tak boleh khianati saya. Janji?"

Zaheerah angguk kepala. "Janji." Mulutnya tersenyum lebar.

***

"Zaheerah, tolong Papa ambik henfon papa kat sofa. Papa nak panaskan enjin kereta kejap." Herman usap kepala anaknya.

Zaheerah letak Melissa di atas gazebo dan terus masuk ke dalam.

Herman kemudiannya merenung patung tersebut. Melissa dicapai. Herman kejap-kejap pandang belakang, risau anak perempuannya nampak.

"Aku tahu kau bukan patung biasa. Aku tahu siapa hantar kau." Herman berbisik.

Melissa kekal membisu.

Herman pergi ke tong sampah di belakang rumah. Melissa dicampak masuk ke dalam tong sampah. Herman kemudiannya keluarkan henfon, nombor bekas isterinya didail.

Tut tut...tut tut...

"Helo Herman," Lidya bersuara lembut.

"Eh, aku nak ingatkan kau. Stop ganggu aku dengan Zaheerah. Jangan kacau kami! Berhentilah dengan ilmu hitam kau tu. Aku tau mesti kau yang bagi Zaheerah patung tu kan. Aku tau patung tu bernyawa. Aku dah buang dah dia. Eh! Apa lagi kau nak dengan kitorang ha? Kau jangan sampai aku panggil balik Ustaz Daus setelkan kau! Perempuan sial!" Herman berang. Urat lehernya timbul.

Lidya ketawa terbahak-bahak. "Aku hanya mahu beri Zaheerah kawan baik, salah ke? Biar aku ingatkan kau, kau buatlah apa sekalipun kat patung tu, dia tetap akan datang balik kat Zaheerah. Mereka dah berjanji untuk berkawan Herman. Lagi satu aku bagitahu kau, Ustaz Daus dah meninggal,"

"Sial! Kau jangan ingat aku tak boleh nak lawan kau! Ada ramai lagi la ustaz yang boleh tolong aku!"

Panggilan mati. Herman maki bekas isterinya. Pengamal tegar ilmu hitam.

Herman buka kembali tong sampah. Melissa dicapai dan Herman berjalan menuju ke stor. Sebuah kotak berbalut tali kuning lusuh dicapai dan Melissa dimasukkan ke dalam kotak tersebut.

"Mampus kau syaitan," Herman berbisik.

"Papa, papa. Zaheerah tak jumpa henfon papa. Papa ada nampak Melissa tak?"

Herman sembunyikan kotak di belakang badan. "Sokaylah sayang. Er papa tak nampak pulak. Tadi Zaheerah letak kat gazebo kan?"

Zaheerah muncungkan bibir dan terus berlalu pergi.

TAKUT HANTUWhere stories live. Discover now