Lina senyum sendiri membaca tweet rakan-rakannya di laman sosial Twitter. Malam semakin larut namun Lina buat tak kesah. Kantuk masih belum lagi menyerangnya dan selagi itulah dia akan tetap bangun melayari laman sosial. Ini namanya pengaruh teknologi, memusnahkan tahap sosial sebenar diri sendiri.
Lina adalah salah seorang manusia yang telah menjadi hamba kepada teknologi.
Sedang Lina khayal dibawa arus kemodenan, melalui pantulan daripada skrin laptopnya Lina perasan seseorang. Bukan. Sesuatu. Berwarna putih. Berbungkus. Lina kerut dahi, matanya dikecilkan. Pantulan tersebut agak samar-samar namun jelas berada di belakangnya.
Bulu roma lehernya meremang. Lina bukak Youtube, video lagu Ed Sheeran. Thinking Out Loud berkumandang. Ah, tak kena. Tukar video. Animals karya Martin Garrix. Yeah, sempurna.
Lina senyum lega. Tiada lagi pantulan tersebut di skrin laptopnya. Lina goyang-goyang kepala ikut alunan muzik. Dihasut syaitan, ikutkan perasaan. Lina turun katil dan pergi ke meja kopi dalam biliknya. Sebotol Casberg dicapai. Teguk, lega. Teguk lagi, sedap. Baru sahaja mahu teguk kali ketiga, lagunya mati. Lina jeling laptop.
Skrin laptopnya hitam. Jari telunjuk menekan-nekan butang on, gagal. Lina tepuk dahi, laptop habis bateri. Lina ambil charger dari dalam beg, kemudian cucuk ke lubang charge di laptop. Seketika Lina terpaku pada skrin laptop. Pantulan itu. Ianya ada betul-betul di belakang Lina. Putih. Berbungkus. Lina tarik nafas.
Lina pusing kepala. Lega. Kosong. Tiada sesiapa.
Tok! Tok!
Bawah katilnya diketuk. Lina terdiam. Shit. Bulu romanya meremang. Matanya bulat terbeliak. Nafasnya semakin perlahan. Jantungnya mula laju berdegup dalam badan.
Tok! Tok!
Katilnya bergegar diketuk. Lina genggam selimut.
Tok! Tok!
Kali ini lebih kuat.
Perlahan-lahan, Lina tundukkan kepala ke bawah katil dengan tangan masih menggenggam selimut. Badannya menggigil ketakutan.
TOK! TOK! TOK! TOK!
Ketukan semakin kuat menggegarkan katil. Lina semakin menunduk sehingga dia boleh lihat bawah katil.
Lina terdiam.
TOK! TOK! TOK! TOK!
Apa yang ada di bawah katilnya adalah seekor pocong yang sedang menghantuk kepalanya ke papan katil Lina dengan laju. Kain kafannya lusuh dan carik-carik. Pocong tersebut bagaikan meronta-ronta. Kepalanya dihantuk semakin kuat.
TOK! TOK! TOK! TOK!
Lina menjerit ketakutan.
Pocong tersebut diam.
BUKA TALI AKU!!! BUKA!!!
Pocong tersebut berpaling menampakkan wajahnya yang rentung keseluruhan dengan matanya yang putih dan hanya berbintik hitam kecil di tengah-tengah. Dahinya dibasahi darah. Mulutnya terbuka menampakkan taring.
BUKA TALI AKU!!! BUKA!!!
Suaranya garau dan kasar. Lina mahu naik namun badannya kaku tidak boleh bergerak.
"Tolong!!!!!" Lina menjerit apabila dia ditarik masuk ke bawah katil.
Seketika katil Lina bergegar sebelum akhirnya kembali kaku.
YOU ARE READING
TAKUT HANTU
Horror"Wujud ke hantu?" "Aku tak takut hantu la!" "Sekarang zaman dh maju la, mana ada hantu..." Antologi Cerpen Takut Hantu ini merupakan himpunan kisah2 seram yang menakutkan bg membuktikan kepada seluruh masyarakat mengenai kewujudan makhluk2 sebegini...