Bab 1

80 4 0
                                    

          Yasmin menyikat rambut lurusnya. Dia mencapai minyak wangi lalu menyembur ke badannya. Kini seluruh biliknya berbau wangi kepekatan.

          "Hmm, cantik," Yasmin memuji diri sendiri apabila melihat dirinya di cermin.

          Memuji diri sendiri 'cantik' adalah sesuatu perasaan. Memuji diri sendiri 'kaulah yang paling cantik di dunia ni' adalah perasan. Yasmin pernah ternampak kata-kata itu di Twitter. Dia mencapai beg tangannya lalu menuju keluar. Masa untuk jalan-jalan cari makan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

          Seperti biasa Izzah habis kelas lebih awal dari dua kawannya itu. Dia menunggu Nik dan Aril di tempat biasa, di taman. Dari dahulu lagi Izzah tertanya-tanya mengapa taman tingkat 3 itu seringkali sunyi. Tetapi dia tidak hairan kerana dia tidak suka suasana yang bising. Ketika dia mengelamun, dia diterjah oleh seorang lelaki dari belakang.

          "Oh mak kau!" Izzah termelatah lalu terbangun dari tempat duduknya.

          "Ye kenapa dengan mak aku?" Aril bertanya lalu ketawa terbahak-bahak.

          "Hish kau ni! Tak pasal-pasal aku seru mak kau," Izzah menjawab.

          Reaksi Izzah yang melucukan membuat Aril tidak berhenti ketawa. Izzah berlalu pergi meninggalkannya. Aril cuba mengejar Izzah. Pantas betul perempuan tu jalan. Aril memanggil-manggil nama Izzah supaya berhenti. Izzah masih pantas berjalan. Izzah ternampak Nik di hadapan lif lalu mendekatinya.

          "Eh hi Nik! Jom pergi!" Izzah mengajak.

          "Kita dua je? Aril mana?" lelaki tinggi lampai itu menyoal.

          "Hmm mamat tu? Tak payahlah. Kita je lah eh. Jom, jom," Izzah cuba menarik tangan Nik.

          Nik terpinga-pinga. Pertama, mengapa Aril tidak megikut serta? Bukan dia yang beriya-iya mahu makan? Kedua, si Izzah ni dah kenapa? Tarik-tarik tangan aku. Mereka menuruni anak tangga lalu menuju ke tempat meletak kenderaan. Sepantas kilat Izzah masuk ke dalam kereta Nik.

          "Kau ni dah kenapa?" Nik masih terpinga-pinga.

          "Cepat start engine!" Izzah bersuara.

          Belum sempat Nik membuat apa-apa, Aril sudah menerjah masuk di tempat duduk belakang kereta Nik.

          "Eh kata tak nak ikut?" Nik menyoal.

          "Bila masanya aku kata tak nak? Yang kau ni Izzah lari dari aku apehal?" Aril tercungap-cungap.

          Izzah hanya mendiamkan diri. Dia hanya tersengih. Nik memandang Izzah dengan raut wajah 'tak paham aku dengan dia ni'. Dia memandu keluar dari kawasan kolej. Mereka menuju ke kafe Amir, hanya 20 minit dari kolej dengan kereta.

          Izzah, Nik dan Aril sudah menjadi kawan rapat sejak sekolah menengah lagi. Selepas tamat pengajian sekolah menengah, mereka sekali lagi disatukan di kolej yang sama. Cuma berlainan kursus.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

         Akhirnya Yasmin tiba di kafe yang baru dibuka itu, Amir's Café. Dia tidak sabar mahu mencuba makanan di situ. Sebagai seorang blogger, dia memang suka berjalan-jalan dan memuat naik gambar di blognya itu. Lebih-lebih lagi beliau baru sahaja tamat pengajian sekolah menengah. Jadi, beliau mempunyai lebih banyak masa untuk berjalan-jalan dan menulis di blognya.

          Dia amat suka dengan suasana di Amir's Café. Yasmin memesan Chocolate Chip Latte dan Beef Lasagne. Sedang dia menunggu makanannya untuk sampai, dia memetik gambar di luar dan dalam kafe untuk dimuatnaikkan ke blognya nanti. Pada masa yang sama, Izzah, Aril & Nik baru sahaja tiba di kafe itu. Izzah dan Aril memilih untuk duduk bertentangan dengan meja Yasmin. Nik pula meluru ke dapur.

          "Ha, datang pon, ingat tak nak datang," Amir bersuara, "Ni tolong hantarkan air kat depan."

          "Orang baru je sampai," Nik merungut, "Siapa punya ni?" Nik mahu menyedut air itu dengan straw tetapi dihalang.

          "Amboi kau, ni customer punya lah. Nak pergi lah buat sendiri. Kat depan tu ada satu je customer," Amir mengarah.

          Nik mendengus lalu keluar bersama Chocolate Chip Latte. Sedang Nik berjalan ke meja Yasmin, dia tersadung di kaki meja Yasmin. Nik jatuh tergolek. Air mahal itu pula tumpah ke atas meja. Aril dan Izzah yang berada di situ mula ketawa. Yasmin yang masih terperanjat itu masih duduk di kerusi. Dia memandang telefon bimbitnya yang terkena air itu. Lekas dia mengalihkan telefon bimbitnya itu. Dia bingkas bangun lalu menolong Nik untuk bangun.

          "Awak okey?"

          "Tak.."

          "Tak okey?"

          "Tak, tak. Saya okey. Saya takde pape. Jatuh tergolek je. Sepatutnya saya yang tanya awak okey tak. Saya minta maaf," Nik bangun lalu menyapu sikunya.

          "Saya okey. Takpelah air mercik sikit je kat baju. Boleh cuci."

          "Baju kotor boleh cuci, handphone basah takkan nak cuci. Eh er.. saya mintak maaf."

          "Eh takpelah phone saya kalis air."

          Nik terdiam. Cantiknya perempuan ni. Amir keluar daripada ruang dapur lalu terlihat Nik sedang mengorat pelanggannya. Aril dan Izzah masih berada di tempat sama, tidak berganjak. Mahu menolong, sudah ada yang menghulurkan tangan. Aril dan Izzah melambai tangan kearah Amir. Amir membuat perkara yang sama. Amir memicit loceng di kaunter untuk memanggil Nik. Nik tersedar dari lamunannya lalu berjalan ke kaunter.

          "Ko dah kenapa ngorat customer aku? Ni, pergi hantar Beef Lasagne."

          "Air tumpah."

          "Ko jalan pakai apa? Dah pergi buat air dia. Biar aku hantar makanan," Amir sekali lagi memerintah Nik.

          Amir berjalan bersama makanan tengah hari Yasmin. Yasmin sudah pun berpindah ke meja sebelah. Amir meminta maaf kepada pelanggannya atas kelakuan cuai adiknya itu. Sebagai tanda meminta maaf, Amir telah menawarkan makanan tengahari itu secara percuma. Seketika kemudian Nik kembali dengan secawan lagi Chocolate Chip Latte. Kali ini dia jalan dengan lebih berhati-hati. DIa tidak mahu pisang berbuah dua kali. Yasmin hanya tersenyum melihat Nik berjalan sebegitu.

A Friendship SeriesWhere stories live. Discover now