Amir menekan suis lampu dan penghawa dingin sejurus selepas melangkah masuk ke dalam kafe yang menjadi kebanggannya. Sehingga saat itu, beliau masih tidak percaya bahawa impiannya semenjak menengah dua itu menjadi realiti. Amir menghirup nafas dengan sedalamnya lalu mengukir sebuah senyuman.
"Kalaulah mak abah masih ada, mesti diaorang bangga dengan aku," Amir berkata dalam hati.
"Mak abah memang bangga dengan Along," Nik mendekati abangnya lalu memeluknya. "Orang pun bangga dengan Along."
Amir terkejut sementara bahawa kata-katanya itu didengari oleh adiknya, Amir memeluk erat Nik. Itulah satu-satunya ahli keluarga yang tinggal. Dia tidak mahu kehilangan Nik pula.
***
Nik memerhati orang tuanya meninggalkan kawasan rumah. Pak Hamid sempat membunyikan hon motor sebelum berlalu pergi dari pandangan Nik. Nik menutup pintu lalu kembali ke biliknya. DIa mencapai beberapa keping buku dari beg sekolahnya. Buku-buku yang berlainan warna dan saiz itu disusun rapi di atas meja. Dia mahu lakukan sebanyak latihan yang mungkin memandangkan peperiksaan pertengahan tahun akan tiba. Dia perlu lulus semua peperiksaannya. Bukan setakat lulus, kalau boleh mendapat semua A dan mendapat tempat pertama dalam kelas. Dia mahu membuat orang tuanya gembira. Dengan itu boleh membuat dia turut gembira.
Satu jam kemudian, Nik mendapati bahawa dirinya sedang membaca komik majalah Ujang. Amir membuka pintu bilik dan terlihat adiknya sedang ketawa mengekek-ngekek di atas katil membaca majalah itu.
"Bukan kata nak belajar ke tadi?" Amir bersuara.
"Manusia hanya merancang. Tuhan yang menentukan," Nik berseloroh.
Amir memandang Nik dengan raut wajah yang seakan-akan berkata 'apa sajalah budak ni'. Dia meletakkan cawan berisi milo panas itu di atas meja. Dia menyelak kain langsir lalu melihat keluar, cuba untuk melihat jika orang tuanya sudah pulang.
"Mak tak bilang nak pergi mana tadi?" Amir bertanya.
Tiada jawapan.
"Oi dik ko ni pekak ke?" Amir mula meninggikan sedikit suaranya.
"Hah apa dia?" Nik mula menyedari Amir sedang berbicara dengannya.
"Mak tak bilang nak pergi mana tak tadi?"
"Tak," Nik memberi jawapan. "Cuma cakap pergi kejap je."
Matahari sudah pun terbenam. Terdengar suara jirannya riuh di sebelah rumah bermain dengan anak-anaknya. Baru pulang kerja barangkali. Nik cuba menelefon orang tuanya tetapi panggilannya tidak dijawab. Amir mula risau. Macam ni ke orang tua aku selalu risau bila aku tak balik-balik lagi? Pak Hamid dan Mak Timah tidak pernah pulang lewat seperti ini. Selalunya mereka akan beritahu mereka akan kemana. Jam sudah menunjukkan pukul 9.45 malam. Amir bertambah risau.
"Along, lapar lah," Nik sedang berguling di lantai seakan-akan seminggu tidak makan.
Amir menghela nafas panjang.
"Kejaplah Along tengok ada apa kat dapur,"
Telur dicapai. Kuali diambil. Pemetik api dipetik. Api menyala. Minyak dituang. Selang beberapa minit, telur goreng sudah siap dihidangkan bersama nasi dan kicap. Itulah makanan paling ringkas dan mengenyangkan. Itu jugalah yang akan dibuat jika tiada makanan di rumah.
"Nah makan," Amir meletakkan dua pinggan di atas meja.
Dengan pantas Nik bergegas ke meja makan. Amir hanya memandang gelagat adiknya itu.
YOU ARE READING
A Friendship Series
Teen FictionIkuti kisah sekumpulan remaja ini yang penuh dengan semangat setia kawan, pengorbanan, dengki dan cinta. Juga, perkara yang remaja sering lalui. Izzah, Aril, Nik; tiga sahabat baik. Namun kehadiran Yasmin membuat mereka tidak rapat seperti dulu.