Bab 4

21 2 0
                                    

Awan mula berkumpul. Langit menjadi gelap. Dengan serta-merta air hujan membasahi bumi. Amir menjenguk ke luar tingkap. Dia bersyukur akhirnya hujan turun juga. Kali terakhir dia melihat hujan adalah dua bulan lepas.

Izzah meletakkan buku catatan dan pena ke dalam beg. Masa untuk ke kelas. Dia bangun dan meletakkan beg di bahu kanan. Tangan kiri pula sedang memeluk erat komputer ribanya. Izzah mengangkat tangan lalu melambai-lambai ke arah Nik di kaunter. Hanafi yang berada di belakang Nik pula menyahut lambaiannya. Izzah merenung Hanafi lalu menjelirkan lidah. Nik mendongak lalu melambaikan tangannya. Amir keluar dari dapur lalu ternampak Izzah menapak keluar dari kafenya. Dia kemudian menyuruh Nik menghantar Izzah ke kelas.

"Biarlah dia pergi sendiri. Pandai-pandai dia lah," Nik memberi alasan.

"Pemalas betul kau ni. Hantar lah dia kejap. Kan hujan ni. Nah amek kunci ni," Amir menyuruh.

Nik mendengus tetapi menuruti juga permintaan abangnya itu. Kalau boleh dia tidak meninggalkan kafe itu. Ya lah, mana tahu perempuan cantik itu datang lagi. Nik mengejar Izzah.

***

Akhirnya habis juga risalah yang perlu diedarkan. Yasmin berpuas hati. Sudah lima hari dia bekerja mengedarkan risalah sebuah kedai roti. Hari itu adalah hari terakhirnya jadi dia mahu memberi ganjaran untuk dirinya sendiri.

Yasmin menuju masuk ke dalam cafe. Dia mengambil tempat duduk dan meletakkan begnya lalu memesan makanan dan minuman di kaunter.

"Hi can I take your order?" Hanafi menyapa.

"Hmm, saya nak Today's Menu," Yasmin memesan makanan. "Chocolate Milkshake ada?"

"Lah, melayu rupanya. Muka macam mat salleh. Chocolate Milkshake ada," Hanafi berjenaka lalu menekan-nekan skrin kaunter. "Okay semuanya $10.90. Hari ni special sikit. Sebab kita bagi mushroom soup free je kat semua customer. Saya lah yang buat."

Yasmin mengangguk lalu menghulurkan wang kepada Hanafi. Selepas baki dikembalikan, Yasmin kembali ke tempat duduk. Dia memandang sekeliling. Ni kalau aku kerja sini pun not bad. Perutnya sudah berkeroncong. Dia sabar menunggu makanannya.

Hanafi mengerutkan dahinya lalu merenung mesin blender air itu. Seingat dia, Amir atau Nik tidak pernah mengajar dia membuat Chocolate Milkshake. Dia ke dapur lalu bertanya kepada Amir.

"Chocolate Milkshake? Eh tu bukan Nik experiment haritu ke?" Amir mahu mendapatkan kepastian.

"Eh orang tanya dia, dia tanya kita balik pulak. Hah yelah tu," Hanafi menjawab. "Habis tu macam mana? Siapa nak buat? Nik takde."

"Call. Call dia."

Hanafi terus mencapai telefon bimbitnya dari poket. Nama Nik ditekan. Selang beberapa saat, Izzah menjawab panggilan itu.

"Hey perempuan aku bukan nak cakap dengan kau lah! Nik mana Nik?" Hanafi menggelabah.

Nik sedang memandu. Hanafi hanya boleh bercakap dengan Izzah. Hanafi bertanya tentang resepi air itu. Nik berkata bahawa dia telah menulis resipi di atas kertas. Malangnya, dia tidak ingat di mana dia letak kertas itu. Hanafi meletakkan telefon lalu mencari-cari kertas tersebut. Amir pun mengikut serta.

Situasi menjadi kelam-kabut seketika. Mereka mencari di merata tempat. Kaunter, laci, bawah singki, belakang ketuhar, semuanya tiada. Dapur tiba-tiba menjadi riuh. Hanafi kembali ke kaunter dan menarik laci. Dia mencari di celah-celah buku. Ketika dia sedang mencari, dia ternampak Yasmin sedang menunggu makanannya dengan muka yang keletihan dan kelaparan. Sekeping kertas terjatuh dari celah buku nota. Akhirnya!

A Friendship SeriesWhere stories live. Discover now