Bab 3

32 4 0
                                        

"Pergi dulu Mama, Papa," Izzah bangun selepas selesai mengikat tali kasut.

"Bye sayang. Eh bukan harini class lambat ke?" tanya Mama.

"Ha ah, awal nah pergi?" Papa pula menyahut.

"Saje je keluar awal. Lagipun nak tolong kafe abang Nik," Izzah menjawab.

"Kalau macam tu, suruh Nabil hantar. Nabil!" Papa memanggil supirnya.

Izzah menolak. Dia berkeras mahu ke destinasi itu sendiri. Izzah melangkah pergi dari rumah bak istana itu. Walaupun dia anak orang kaya, dia sangat merendah diri. Dia mahu berdikari. Tidak sikit pun dia berlagak seperti anak orang kaya di depan orang. Sikap inilah yang disukai oleh Aril. Perjalanan dari rumah yang tersergam indah ke stesen bas mengambil masa lebih kurang lima belas minit. Kemudian dia perlu menukar bas lain untuk sampai ke kafe.

***

Izzah melambai-lambai ke arah Hanafi yang sedang menyapu di luar kafe. Eh cepat kau sampai? Perli Izzah. Hanafi hanya mendengus. Izzah melangkah masuk ke dalam kafe. Matanya sedang mencari kelibat Nik. Pada ketika itu, Nik sedang menyediakan bahan-bahan. Izzah mengejutkan Nik dari belakang. Dengan serta merta Nik melatah.

"Oh mak kau! Hish kau ni. Kalau terpotong jari aku ni macam mana? Nanti customer ingat sausage nanti," marah Nik.

"Hahaha okay aku minta maaf. Bangmir mana?" tanya Izzah. Mereka sangat akrab sehinggakan Izzah memanggil Amir, Bangmir.

Nik berkata bahawa Amir telah pergi ke bank.

"Oh. Ada apa-apa aku boleh tolong?"

"Eh tuan puteri mana boleh pergi dapur. Dah pergi masuk dalam! Kacau je," Nik berseloroh. "Takde benda lah kau boleh tolong. Semua dah siap. Hah nanti kau nak masuk tolong hantar makanan."

"Okay bosh," katanya sambil mengangkat dua mangkuk baked macaroni cheese.

Dia meletakkan semula mangkuk di tempat asal lalu mengeluarkan sesuatu dari begnya. Sekeping kertas yang dilipat dihulurkan kepada Nik. Pencarian Bakat Nyanyian tertera di atas kertas itu. Izzah melompat kegembiraan.

"Eh eh, belum menang belum apa dah suka?" Nik pelik.

"Gila kau tak suka? Eh, bukan ni ke yang kita tunggu-tunggu?" Izzah masih tidak dapat mengawal perasaan gembiranya itu.

Ada kategori solo. Ada juga kategori berkumpulan ataupun band. Izzah mengajak Nik untuk menurut serta untuk petandingan ini. Maklumlah Nik pandai bermain gitar. Izzah pula pandai bermain drum.

"Kau serious ke nak?" Nik risau. "Takdelah, dah berapa kali kita dah masuk pertandingan macam ni, audition pun tak lepas."

"Usaha tangga kejayaan. Kalau tak naik tangga, macam mana nak berjaya?" Izzah berseloroh.

"Kalau macam tu, kita naik lif je lah. Tak payah naik tangga," Nik pula menjawab selamba.

Nik melihat kertas itu sekali lagi. Akhirnya, dia mengangguk tanda setuju. Izzah sekali lagi melompat kegembiraan. Lantas dia memeluk Nik. Pada ketika itu juga, Aril yang baru sahaja sampai, menjenguk ke dapur. Aril terperanjat. Dia seakan-akan tidak percaya dengan apa dia telah saksikan sebentar tadi. Raut wajahnya bertukar menjadi sedih. Izzah dan Nik tidak perasan Aril berada di situ. Aril kembali ke meja untuk mengambil beg dan berlalu pergi. Izzah keluar dari dapur dengan dua mangkuk pasta. Dia ternampak kelibat Aril keluar dari kafe. Dengan pantas dia menghidangkan makanan itu di atas meja pelanggan dan berlari mengejar Aril. Aril berjalan dengan begitu cepat. Akhirnya Izzah berhenti mengejar Aril.

"Dia ni dah kenapa? Aku panggil saje je," Izzah terpinga-pinga.

Izzah kembali ke kafe. Dia memberitahu Nik yang dia ternampak Aril keluar dari kafe. Nik juga pelik dengan Aril. Nik memberikan semangkuk baked macaroni cheese kepada Izzah. Izzah ke meja makan. Dia mahu menyiapkan assignment sambil makan.

***

Selesai urusannya di bank dia terus kembali ke kafe. Amir ternampak Aril sedang duduk di stesen bas ketika dia memandu kereta. Dia kelihatan sedih. Amir tidak memberhentikan keretanya kerana dia lebih risaukan kedainya itu. Apa dah jadi agaknya kafe aku tu. Bukan boleh harap sangat 2 orang tu.

Amir menjejakkan kaki ke dalam kafe. Hanya terdapat beberapa pelanggan sahaja yang boleh dibilangi dengan jari. Ini termasuk pelanggan tetapnya, Izzah. Meskipun seringkali dia makan percuma, Amir tidak kisah kerana Izzah banyak membantu kafenya itu. Dia jarang sekali akan menolak jika Amir meminta pertolongan.

"Hey Izzah. Sorang je? Selalu ada gula, ada semut. Mana ada kau, kat situlah Aril ada," tanya Amir.

"Ha ah Bangmir. Entahlah mana entah dia pergi. Tak cakap apa-apa terus blah macam tu je," kata Izzah yang mulutnya dipenuhi dengan makanan.

"Korang gaduh ke apa ni? Tadi abang nampak dia kat bus stop."

"Eh mana ada Bangmir. Biarlah dia. Esok lusa nanti ke sini jugak dia datang."

Nik sedang termenung di kaunter. Dia kelihatan resah. Amir mendekati Nik lalu memetik jari di depan muka Nik. Nik tersedar dari lamunannya. Dia menggeleng-gelengkan kepala dan mengelip matanya beberapa kali.

"Termenung macam takde kerja. Budak tu mana? Dah sampai belum?" Amir bertanya.

"Hmm, ada kat dapur tu. Pergilah tengok apa dia buat," Nik menjawab.

Sebenarnya, Nik sedang menunggu seseorang. Dia berharap sangat bahawa perempuan itu datang lagi ke kafe. Dalam diam dia ada hati terhadapnya. Amir ke dapur lalu terlihat Hanafi sedang memasak. Di dalam periuk dia sedang menyiapkan mushroom soup. Amir tidak sangka bahawa Hanafi pandai masak. Dari luaran nampak dia seorang lelaki yang kental. Rupanya rajin ke dapur si bujang ni.

"Hah bos, ni mushroom soup. Tadi customer tanya ada soup soup ke tak. Dia nak kasi anak dia makan. Kesian anak dia lapar. Ni yang saya buat ni!" suara Hanafi sangat teruja.

Amir mengambil sudu lalu mencuba masakan Hanafi. Ternyata Hanafi memang pandai masak. Amir mengambil mangkuk lalu mencedok mushroom soup itu. Dia duduk di kerusi lalu makan.

"Lah, ingatkan nak kasi customer," Hanafi menghembuskan nafasnya.

"Kau buat sendiri ke kau setakat tuang air panas dengan mushroom soup Campbell tu?" tanya Amir.

"Ada ke pakai instant punya. Ni Hanafi lah bos. Saya buat from scratch tau!" Hanafi mencedok masakannya ke dalam mangkuk.

Hanafi membiarkan Amir menikmati masakannya. Dia keluar dari dapur bersama mangkuk tadi lalu dihidangkan kepada pelanggan. Sejurus selepas itu, Izzah yang sedang duduk di sebelah pintu melambai-lambai kepadanya. Hanafi datang ke meja Izzah.

"Yes, may I take your order ma'am?" seloroh Hanafi.

"Hish kau ni. Aku nak minta tolong kau, boleh? Aku nak interview kau pasal assignment aku ni. 10 minit je," Izzah tidak memberi peluang Hanafi untuk berbicara.

"Interview apa ni? Aku tengah kerja lah. Bangmir kau tu bukannya boleh tengok aku relax kejap," Hanafi tidak mahu bekerjasama.

"Alah kejap je tolonglah, Patutnya aku interview Aril tapi dia blah macam tu je. Please.." Izzah merayu.

Hanafi akhirnya bersetuju.

***

Aril turun dari bas. Dia menapak tanpa arah tujuan. Dia ternampak kelibat seseorang yang dia kenali. Orang itu sedang menghulurkan risalah kepada orang ramai. Dia membuat kerja dengan ikhlas sambil tersenyum. Namun, tidak ada seorang pun yang mahu mengambil risalah yang dia edarkan. Kerana berasa simpati, juga Aril seperti mengenali perempuan itu, dia mendekati perempuan itu dan mengambil risalah itu dari tangannya.

"Thank you!" ucap perempuan itu.

"Saya macam pernah nampak awak lah. Oh saya dah ingat! Awak yang datang kat kafe Amir kan? Lepastu Nik tertumpahkan air. Yes, you're that girl!"

A Friendship SeriesTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang