Kematian Angela dan Angeline

47 1 0
                                    

"Kyle, kau taknak ikut kami buat rambut ke? Kami nak pergi saloon. Aku nak steam rambut aku,"
"Aku pulak nak kerintingkan rambut. Yela... esok kan hari graduate kita. Kau taknak buat apa-apa ke?" Tanya Angela dan Angeline. Kyle berdiam diri. Semenjak kejadian itu, semua orang tidak mahu bercakap dengannya kerana takut, jika mereka akan mati. Tetapi, Angela dan Angeline bercakap dengannya.
"Aku taknak pergi. Korang pergilah," kata Kyle.
"If that case, aku bagi nombor handphone aku," Angeline menulis nombor telefonnya di buku Kyle tidak peduli.
"Bye..." kata Angeline dan Angela.
"Okey..." kata Kyle.
Angela dan Angeline keluar dari kelas meninggalkan Kyle sendirian. Kyle menyusun buku-buku di dalam beg dan menuju ke lokernya.
"Kau masih sedih lagi ke?" Tanya Dennys.
"Kenapa? Look, aku tak sedih tapi aku bingung sebab tak pernah seumur hidup aku dapat melihat masa depan,"
"Mungkin kau ada kuasa istimewa," kata Dennys dengan nada ketawa halus.
"Errgh!" Kyle terus meninggalkan Dennys. Tetapi, kakinya seperti dipaku. Penglihatannya berkabur.
Api, kabus, percikan eletrik dan darah yang dilihat Kyle. Tubuhnya hilang keseimbangan. Tetapi sempat disambut oleh Dennys.
"Kau okey?" Tanya Dennys.
"Aku lihat api, kabus, percikan eletrik dan darah," kata Kyle.
Beg silang Kyle jatuh dan menyebabkan buku biologi terkeluar. Tiba-tiba ada angin yang entah dari mana membuka setiap helaian buku itu hingga satu nombor yang dikenali Kyle. Nombor handphone Angeline!
"I need to go,!" Kyle terus bangun dan berlari ingin mengejar Angela dan Angeline. Tetapi, kelibat mereka berdua sudah tiada.
Kyle terus mencapai handphone, tetapi handphonenya tiada bateri.

"Tim, aku dengan Angela nak buat steam rambut. Oh, aku sorang je. Angela nak kerintingkan rambut dia. For our graduation day," kata Angeline. Angela di sebelah menyedut air strawberry blande.
"Sure, tapi... Angela, jangan bawa air tu dalam bilik VIP korang,"
"Okey..." Angela meletakkan air di atas meja.
Mereka berdua terus masuk ke dalam bilik khas untuk anak VIP seperti Angela dan Angeline.
Angeline duduk di kerusi. Diikuti Angela yang duduk di sebelahnya. Tim meletakkan steamer di atas kepala Angeline selepas mencuci rambutnya. Angela cuma membaca majalah yang disediakan.
"Okey Angeline, aku bagi masa selama 18 minit untuk steamer ni. Kalau kau nak dengar lagu, aku dah sediakan," kata Tim.
"How about me?" Tanya Angela.
"Aku nak basuh dulu rambut kau dulu," kata Tim.
Steamer di hidupkan. Angeline mendengar lagu Stop or you'll die. Selepas mencuci rambut Angela, dia menggeringkan rambut Angela menggunakan hair dryer. Tiba-tiba, telefon Tim berbunyi.
"Sorry guys, aku kena answer call ni. Urgent," kata Tim lalu meninggalkan Angela dan Angeline. Pintu automatik terbuka lalu tertutup.
Mereka berdua mendengar lagu Stop or you'll die.
"Make my life... not complete uh-uh-uh," Angela dan Angeline menyanyi.
Air sejuk yang Angela letak di atas meja mengeluarkan titisan air. Titisan air berkumpul dan menitis ke dalam plug. Percikan eletrik berlaku.
Suhu di dalam steamer meningkat.
"Fuh? Panas betul," Angeline cuba mengangkat steamer itu, tetapi ia terlekat.
Angeline cuba mengangkat steamer itu. Tetapi ia tetap terlekat. Suhu yang tadinya 25°C meningkat 40°C.
"Oh my god, Angela. Help me! Arggh!" Angeline cuba memanggil Angela, tetapi sayang. Bunyi lagu yang dipasang terlalu kuat. Suhu meningkat 46°C. Angeline cuba keluar dari berdiri tetapi tidak boleh kerana steamer terlekat di atas dinding. Angeline cuba menyentuh steamer itu. Semakin panas. Suara Angeline semakin kuat kerana terlalu panas. Angeline cuba untuk keluar dari bawah, tetapi tidak boleh. Kakinya menghentak lantai. Tangannya menggengam kerusi. Angela tertidur.
"Huargggh!" Suhu meningkat mendadak hingga 69°C. Wajah Angeline terbakar. Steamer mengeluarkan api yang besar menyebabkan muka Angeline rentung. Akhirnya Angeline mati di situ.
"Angeline, are you okey?" Tanya Angela dengan mata tertutup. Matanya cuba dibuka. Dilihatnya Angeline di sebelah tidak bergerak. Terkaku. Tangan Angeline merah.
Angela bangun dari kerusi. Syampu yang tidak tertutup rapat itu jatuh ke lantai kerana dilanggar Angela.
Angela mengangkat steamer itu. Ia boleh dibuka. Angela terkejut melihat wajah Angeline yang hitam terbakar.
"Ahhhhhhh!" Angela berjalan ke belakang perlahan. Angela terpijak cecair syampu itu dan menyebabkan dia tergelincir. Tubuhnya jatuh ke lantai. Pengering rambut di atas meja jatuh ke arah matanya. Oleh kerana pengering rambut itu tidak dipadam, pengering rambut itu semakin panas.
"Arrggggh! Help! Help!" Percikan eletrik dari pengering rambut memercik terus ke dalam mata Angela menyebabkan darah memercik ke semua tempat.
Tim membuka pintu automatik yang tadinya tidak boleh dibuka.
"Arggggghhh!" Tim menjerit kerana melihat dua mayat di dalam saloonya. Semua orang melihat Tim.
Angela dan Angeline telah mati... siapa pula seterusnya?

Because It's Our Final DestinationTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang