idea datang menjengah minda,
silih berganti tak kira masa.
pena di tanganku seolah tak mahu berhenti,
dia gembira dapat menulis; gembira dia sambil menari.
daripada satu ayat, kepada satu perenggan,
dan daripada satu perenggan, menjadi sebuah karangan.
andai suatu saat nanti,
pabila penaku berhenti menari.
tak bermakna aku telah mati,
aku masih disini, menghabiskan sisa sisa hidup sendiri.
penaku berhenti menari bukan sebab tak sudi,
dia cuma patah.
aku hanya perlu asah menjadi tajam sendiri,
untuk menghasilkan karya yang lebih gah.
*Nukilan KedFlopp*