Lebuhraya Cinta

22 2 0
                                    


Masih ingat lagi tentang jalan ini

Disaat kita mencipta memori bersama

Menaiki satu kereta ke destinasi kita

Diatas lebuhraya buat kali pertama


Kita terdiam seribu bahasa tanpa bicara

Mungkin kita masih tidak biasa

Berbicara seperti sudah lama

Malu masih bersisa didalam dada


Aku mengambil langkah pemula bicara

Tergagap-gagap pada mulanya

Namun kau sambut bicara dengan mesra

Tanda kau sudah berasa selesa berdua antara kita


Ingin saja aku menghentikan masa jika diizinkan

Apakan daya aku manusia biasa

Tiada kuasa luar biasa didalam diri daku

Hanya penuh dengan keinginan yang tidak mungkin jadi nyata


Bahagia itu hanya aku dan yang Esa tahu

Saat terjalinnya hubungan mesra antara kita

Daku bagaikan manusia paling bahagia didunia

Gelak tawa menghiasi sepanjang lebuhraya ini


Aku berikan nama lebuhraya ini lebuhraya cinta

Lebuhraya yang menjadi saksi berputiknya cinta

Hati mula menyanyi lagu riang ria dengan bangga

Bagaikan esok sudah tiada lagi buatku


Bahagia ini terlalu berharga buat diri daku

Kerana bagi daku inilah ertinya bahagia

Bahagia bila ada bersama dengan kamu

Tak terungkap bicara bahagia itu dititian bibirku


Kamu adalah perkara yang terindah dalam hidupku

Daku sisipkan sepanjang perjalanan ini dengan doa kudus

Menyatakan tentang hasrat ingin kekal selamanya

Biar badai menghempas kuat istana cinta ini dan tetap kukuh


Dilebuhraya ini rasa mula bersemi menjadi saksi antara dua jiwa menjadi satu


*Nukilan aisis007*

1 SeptemberWhere stories live. Discover now