SUNGAI CINTA

23 2 0
                                    


Waktu denganmu bergulir tanpa aku sedari. Setiap saat, setiap detik, yang sudah aku berjanji mahu teliti satu persatu, mengalir deras bersama keghairahan cinta kita.

Seringkali kita berjanji bahawa kita akan menepati jangka masa yang telah kita tetapkan. Tetapi arus kasih kita tak mampu disekat oleh empangan tempoh itu.

Walau aku tahu bahawa ada ketika nanti waktu kan merangkak perlahan untuk kita, aku berharap cinta kita kan mengalir tenang dan lembut sepertimana anak-anak sungai di kawasan landai.

Cintailah aku sebagaimana yang engkau mampu. Biarpun arus yang deras, mahupun aliran lembut, cinta kita kan kekal seperti sungai yang tiada hentiannya.


*Nukilan NadhirahRahman*

1 SeptemberWhere stories live. Discover now