Ada yang menangis. Ada yang meraung, meminta tolong kebanyakan. Memanglah bising dan memekakkan telinga tetapi aku tak salahkan mereka.
Siapa yang tak takut apabila sedar je dirinya sudah tiada di tempat sepatutnya sebaliknya di kerusi hukuman? Sangat tak kelakar...
"Hey... jangan nangis... alololo..." suara pelik itu seakan sayu.
Hmm. Palsu.
Kedengaran ilaian sebaik sahaja dia menghabiskan ayat pertama. Yang menangis tadi semakin kuat esakkannya.
"Tolong diam sikit boleh..." suara itu kemudiannya agak rata. Tanpa perasaan.
Namun mereka yang masih menangis, merintih dan meraung itu tidak juga reda. Aku sendiri, sejujurnya, rimas dengan keadaan itu.
"AKU CAKAP DIAM!! DIAMLAH LAHANAT!!!!!"
Sunyi. Dan sepi...
Aku memasang telinga.
"Oh well... tak molah macam tu ok?" Suara itu kembali seperti biasa. Gedik dan sinis. 2 in 1.
Aku diam dan teruskan memasang telinga.
"Jangan risau... jangan takut ok?"
Diam sebentar. Bersambung kembali, "Macam ini... hmm macam mana nak cakap ya...?"Kedengaran suara kasar di hadapanku. Seperti tenkingan. "Wei, HARAM!! APA KAU BUAT NI HAA!! AKU ADA KERJALAH!! BABII!! SIAL!!"
Yang lain agak terkejut melihat lelaki yang agak berumur itu. Lelaki itu mendengus kemarahan. Aku faham perasaan dia. Faham sangat-sangat.
Suara gedik tadi diam. Agak lama juga dia terdiam sehingga kami di sini tertanya-tanya. Dah pergikah suara itu?
"He...he...hee..." kedengaran suara tadi ketawa kecil tetapi tersangkut-sangkut. Aku rasa suara itu pemiliknya kemungkinan besar seorang gadis.
Lelaki tua tadi membuat muka meluat, "WEI!! SIAL! KAU DENGAR TAK APA AKU CAKAP TADI!!? KELUARKAN AKU! LEPASKAN AKU!!"
"Pak cik yang dah tua tak sedar diri,... do you even think where do you standing...?" Duga suara itu. Kedengaran agak sarkastik sekali. Aku menggigil ketakutan.
Lelaki tua itu menabik dadanya seraya berkata dengan lagaknya, "AKU KAYALAH!! KAU NAK BERAPA? AKU BOLEH BAGII!! AKU NI SEGALANYA!! TAU TAK!! HARTA AKU TAKK-"
"OH, how i hate rich people..."
- MERIAM NERAKA / CANNON OF HELL -
Sebuah meriam yang agak besar tiba-tiba timbul dari tanah. Tepat di hadapan lelaki tua itu. Lelaki tua itu tidak sempat cakap apa-apa...
BAMMMM!!!
Perutnya berlubang. Isi meriam tadi melekat kepada dinding belakang, menembusi badan lelaku tua itu. Baju kerjanya yang kemas itu kini sudah tiada rupa, lagi-lagi di bahagian dada, dimana ditembusi peluru gergasi.
Darah tersembur daripada mulutnya. Matanya terbeliak. Semuanya berlaku sekelip mata.
Kala itu aku mindaku terlintas satu perkara. Mana hartanya? Mana wangnya? Mana kekayaan yang diagungnya.
Ketika itu kami sedar satu perkara; suara itu tidak mahukan wang atau berlian tetapi benda lain.
Ilaian tadi bergema. Kali ini lebih kuat. Mereka yang menjerit sekuat hati. Bagai mahu gugur jantung melihatkan perkara dasyat itu berlaku. Bagai mahu pitam dan pengsan.
Semuanya bagai mimpi, kejap, bukan. Ini semua bagaikan nightmare.
Gadis yang berpakaian sekolah di sebelah kananku menangis teresak. Matanya jelas terpancar erti ketakutan. Mulutnya terbuka luas seperti menjerit tetapi tiada apa-apa bunyi yang keluar. Terlampau takut.
Aku cuba memujuknya, "Rilex, dik. Bawak bertenang..." tetapi tak jalan. Reaksi dia tetap sama.
Bukan dia sahaja. Yang lain juga sama. Ada yang meraup muka, ada yang menarik-narik rambutnya.
Ada juga yang mengilai...
"Ok..."
Kami semua terdiam.
"Don't ever dare to fight again me... its totally useless..."
Perasaan aku ketika itu tidak dapat kutafsirkan.
"Oh, by the way, sayang-sayang semua..."
Aku menggenggam tangan. Satu permainan gila akan tiba nanti. Aku pasti!
"...my name is, Erina aka The Red!" Suara itu kedengaran manja. Membuat kami semua loya.
"Tolong aku..."
"Please help me..."
"Cari kakakku..."
"Find my sister..."
"The White."
YOU ARE READING
The Red
Mystery / ThrillerThe Red adalah sebuah novel melayu yang menggunakan cerita klasik 'Bawang Putih Bawang Merah' sebagai temanya. Bagaimanapun novel ini menggunakan versi yang berlainan dan agak pelik. Pabila 20 orang ditakdirkan untuk sesat di sebuah hutan. Adakah m...