Keesokan harinya,di dalam kelas,masa pertama cikgu Asmah iaitu guru kelas aku..cuit-cuit, bukan guru kelas aku but guru kelas 1 B datang lenggang lenggok sambil mengenakan dengan baju kurungnya yang berwarna 'pink'. Hahaha. Dia datang just untuk panggil aku. Lepastuh dia bagi aku jadual belajar. Aku terus masuk dalam kelas lepastuh jerit-jerit suruh diam dan ambil attention.
"Woi,diam-diam. Take attention plisss!(kan dah keluar BI aku. Kahkahkah)"
Keadaan kelas terus senyap. Bila dah senyap tiba-tiba aku kaku pula nak cakap. Ahahaha. Semua tengok aku macam aku ni baru jer bunuh orang. Seram weh kalau korang berada kat dalam kedudukan aku tu. Fuh,aku perlahan-lahan bercakap.
"Ni cikgu ada bagi jadual belajar. So, aku tulis kat papan,nanti kau orang semua salin balik tau. Sebab lepas ni dah start belajar."Aku pun tulis la kat papan hijau. Kelas kita orang guna papan hijau. Yang kelas Rk dengan Rka guna papan putih. Cantik tu, dah la putih,berkilat pulak tu. Kalu kita orang punya papan haram jadah nak berkilat. Berhabuk sepanjang masa sebab habuk kapur. Benda tu tak penting pun. Yang penting, niat nak belajar. It is right kan?
Aku siap tulis kat papan hijau, dia orang pun siap salin juga. Dalam hati,aku cakap "cepat gila dia orang tulis." Tapi ada lah juga beberapa orang tak siap salin lagi. Tu pun dalam tiga empat orang macam tu la.Loceng berbunyi menandakan waktu pertama selesai.
Aku tengok kat jadual masa kedua subjek apa. MATEMATIK. Wah,subjek yang paling aku minat tu wei. Lepas beberapa minit,seorang lelaki yang bermisai dan berwajah bengis masuk ke kelas aku. Beliau memperkenalkan diri beliau. Beliau ialah Cikgu Ibrahim. Berumur 54 tahun. Beliau mengajar subjek Matematik form 1 dengan form 2. Dia cakap kalau panjang umur,nanti form 2 kita jumpa lagi . Dalam hati aku cakap, "nak pula aku jumpa dengan kau." Ahahaha. *bahasa aku ni kasar betul kan?
Selepas beberapa kali loceng berbunyi,tibalah loceng balik.
"KRINGGG" .."TERIMA KASIH CIKGU."
Aku pun balik rumah. Kat dalam kereta,ibu aku cakap,
"Macam mana? Best tak belajar kat sini?"
"Hmm, boleh la ibu."
YOU ARE READING
Kehidupan yang Tidak Dapat Aku Lupakan
Non-FictionMengisahkan tentang seorang remaja yang bernama Eliana. Dia kini telah menduduki sekolah menengah. Macam-macam berlaku setelah dia sekolah menengah. *selamat membaca* *ct_juhaidah*