Pagi tu, masa first PJ. Wah, subjek paling aku minat. Cikgu Ani yang mengajar aku dengan kawan sekelasku . Pagi tu,kitorang cadang nak main dodge ball.
"Cikgu,kitorang nak main dodge ball boleh tak cikgu?"kataku.
"Ouh,boleh je. Sorang pergi ambil bola dari bilik sukan,"balas cikgu Ani.
"Biar saya yang ambil bola tu, cikgu,"kata Ana.
Dia pun berlari mengambil bola di bilik sukan kerana tak saba-sabar nak main.
1 minit kemudian,dia pun tiba bersama bola.
"Wah, cepatnya kau,Ana."kataku.
"Eheheh, aku tak sabar nak main la,"kata Ana.
Kitorang pun start main dodge ball. Aipp,before start main dodge ball ni,setiap kumpulan kena pilih puteri dulu. Puteri just sorang je. So, kalau puteri tu kena bola,kumpulan tu terus kalah. Memang best la main game ni.
"Wei,siapa nak jadi puteri? " kata Ana.
"Ha,Eli je la jadi puteri."kata salah seorang kawanku.
"Ha?aku?"aku sebenarnya memang nak jadi puteri pun. Ahhaha.
Haah,yela. Boleh kan,"
"Hmm,boleh la."hati aku melonjak keriangan. Ahahaha.
And the game start now!
Bola diletakkan ditengah-tengah gelanggang. Siapa yang dapat ambil bola tu,dia la yang bawa bola dulu. Wisel berbunyi menandakan permainan bermula.
Aku dengan sepantas kilat berlari ke arah bola tu untuk ambil bola tu. Malangnya,aku lari tak sepantas kilat. Ahahaha. Kumpulan lawan yang dapat bola tu dulu. Kitorang pun cepat-cepat undur ke belakang sikit sebab nak elak. Lagi-lagi aku, dah la jadi puteri. Nyawa kumpulan aku berada di tangan aku sekarang ni. Ahahaha.
Elak punya elak,selamat pun aku. Aku still hidup lagi dalam game ni. Tiba-tiba....
"Eli! Elak! Bola tu laju!"jerit kawanku.
"Ha?"aku dalam keadaan kebingungan kerana aku berkhayal tadi.
PANG...
Aku jatuh lalu pengsan akibat terkena bola tadi di bahagian kepala.
Semua orang mengerumuni aku. Cikgu segera datang dan menyuruh beberapa orang kawanku untuk memapah aku dan di bawa ke bilik rawatan.
YOU ARE READING
Kehidupan yang Tidak Dapat Aku Lupakan
No FicciónMengisahkan tentang seorang remaja yang bernama Eliana. Dia kini telah menduduki sekolah menengah. Macam-macam berlaku setelah dia sekolah menengah. *selamat membaca* *ct_juhaidah*