Pagi tu,seperti biasa la kan budak form 1 mesti ada orientasi sama juga macam darjah 1 dulu . Yela , kalau tak de orientasi ni mesti la nanti sesat nak pergi ke sesuatu tempat. Kan tak pasal-pasal de juga orang menangis kat sekolah nanti. Dah la sekolah menengah. Buat malu jer. Ahahaha. Selain daripada sesat, orientasi ni pun bertujuan untuk mengenal antara murid sama guru, begitu juga dengan rakan-rakan yang lain yang daripada pelbagai jenis sekolah rendah. Ada yang dari Johor la, Batu Pahat la,Penang la. Hmm, macam macam lagi la.
Ok, tukar kepada topik mula-mula tadi. Pagi tu,selepas beberapa orang guru memberi sedikit taklimat, ucapan dengan apa-apa la pasal sekolah Aman Makmur ni, ternyata sekolah ni, bagus sangat-sangat. Tak menyesal pun aku masuk sekolah ni.
Lepas tu ada seorang cikgu ni dia cakap,
"Ok,ada siapa-siapa yang nak tanya apa-apa soalan?"
Apa lagi, aku pun angkatla tangan.
Cikgu tu pun cakap la.
"Ha, yang pakai cermin mata tu. Apa yang awak nak tanya?"
"Oh, saya just nak cakap yang saya nak pergi toilet. Hmm, boleh tak cikgu?"
"La nak pergi tandas, ha , pergila cepat sebelum awak terkencet kat sini pula nanti."
Dah semua budak form 1 ketawakan aku. Malu betol time tu.Time perjalanan nak ke tandas aku ada la juga tanya akak senior kat sini.
"Kak , hmm, tumpang tanya , tandas kat mana ek?"
"Ouh,tandas ea? Adik terus je lepas tu nanti adik belok kanan. Nanti adik nampak tandasnya betul-betul depan adik."
"Ouh,ok. Thanx ya kak."
"Sama-sama ,dik"*Baik betul la akak-akak kat sini(cakap dalam hati)
Aku pun ikut la macam yang akak tu cakap. Aku terus and then belok kanan. Betul kan ,macam tu akak tu cakap. Aku pun masuk la. Selepas aku masuk dalam tandas,aku pelik, apasal tandas nya 'persing' gila.
Ada abang tu dia tegur aku.
"Eh,dik. Ni tandas lelaki la. Tandas perempuan kat sebelah."
"Ha? Yeke?"
"Tak percaya? Tengok la sendiri signboard kat luar tu."
(sambil menuding jari ke arah signboard)
"Eh,yela. Sori- sori salah masuk."
Ya Allah ,malunya aku time tu. Terkejut beruk aku dibuatnya.
Hahaha, hari pertama sekolah dah macam-macam jadi.
YOU ARE READING
Kehidupan yang Tidak Dapat Aku Lupakan
No FicciónMengisahkan tentang seorang remaja yang bernama Eliana. Dia kini telah menduduki sekolah menengah. Macam-macam berlaku setelah dia sekolah menengah. *selamat membaca* *ct_juhaidah*