Pengenalan
Dunia Barat (Eropah) seharusnya berterima kasih pada Ibnu Rusyd. Sebab, melalui pemikiran dan karya-karyanyalah Eropah elok peradaban. "Suka atau tidak, falsafah Cordova dan mahagurunya, Ibnu Rusyd, telah menembusi sampai ke Universiti Paris," tulis Ernest Barker dalam The Legacy of Islam.Dilahirkan pada 1126 M di Cordova (Sepanyol--red), Ibnu Rusyd bernama lengkap Abdul Walid Muhammad ibn Ahmad ibn Muhammad ibn Rusyd. Di Barat, ia dikenal sebagai Averrous. Keluarganya dikenali memberikan perhatian dan penghargaan besar pada ilmu pengetahuan dan tergolong masyhur di kota Cordova.
Itu yang membuat Rusyd kecil haus ilmu dan menunjukkan bakat serta kebijaksanaan yang luar biasa sejak masa kanaknya. Sementara, ayah dan datuknya pernah menjadi ketua pengadilan di Andalusia. Bakat ini pula yang menurun kepada Rusyd, ketika ia menjawat jawatan sebagai qadi (hakim) di Sevilla (Sepanyol) dan sebagai Qadi al-Qudaad (hakim agung) di Cordova.
Tak seperti anak-anak seusianya, masa kecil Rusyd dihabiskan untuk belajar berbagai disiplin ilmu: Al-Quran, tafsir, hadith, fiqh, serta mendalami ilmu-ilmu eksakta seperti matematik, astronomi, logik, falsafah dan kedoktoran.Itu sebabnya, Ibnu Rusyd dikenal sebagai ahli berbagai ilmu pengetahuan. Sebagai qadi al-qudaad, ia dekat dengan para amir (penguasa) Dinasti Al Muwahhidun yang memerintah saat itu, khususnya dengan Abu Yusuf Yakqub al Mansur, amir dinasti ketiga Muwahhidun.
Beberapa kalangan ulama yang tidak suka dengannya, kerana ajaran falsafahnya, berupaya menyingkirkan Rusyd dengan cara memfitnah bahawa dia telah menyebar ajaran falsafah yang menyimpang dari ajaran Islam. Atas tuduhan itu, Rusyd diasingkan ke suatu tempat bernama Lucena. Tak hanya itu, karya-karyanya berkaitan falsafah dibakar dan diharamkan mempelajarinya.
Sejak saat itu, falsafah tak lagi mendapat tempat dan berkembang di dunia Islam. Namun, beberapa tahun kemudian, amir Al Mansur memaafkan dan membebaskannya. Ia lalu pergi ke Maroko dan menghabiskan sisa hidupnya di negeri tanduk Afrika Utara ini hingga wafatnya pada 1198 M.
Pemikiran Rusyd
Membaca Ibnu Rusyd, yang paling menonjol adalah aspek falsafah (estetika logik dan falsafah) yang terbentang di hampir setiap karyanya. Menurutnya, nilai falsafah dan logik itu sangat penting, khususnya dalam mentakwilkan dan menafsirkan Al-Quran sebagai kitab teks, yang selalu memerlukan artikulasi makna dan perlu diberi interpretasi kontekstual dan bukan artikulasi lafaz.Islam sendiri, demikian Rusyd, tidak melarang orang berfalsafah, bahkan Al Kitab, dalam banyak ayatnya, memerintahkan umatnya untuk mempelajari falsafah. Menurut Rusyd, takwil (pentafsiran) dan interpretasi teks diperlukan untuk menghindari adanya pertentangan antara pendapat akal dan falsafah serta teks Al-Quran. Ia memaparkan, takwil yang dimaksud di sini adalah meninggalkan erti harfiah ayat dan mengambil arti majasinya (analogi). Hal ini pula yang dilakukan para ulama klasik peringkat awal dan pertengahan.
Dalam kaitan kandungan Al-Quran ini, Rusyd membahagikan manusia kepada tiga kumpulan: awam, pendebat, dan ahli fikir. Kepada ahli awam, kata Rusyd, Al-Quran tidak dapat ditakwilkan, kerana mereka hanya dapat memahami secara tertulis. Demikian juga kepada golongan pendebat, takwil sukar diterapkan. Takwil, secara tertulis dalam bentuk karya, hanya boleh diperuntukkan bagi kaum ahli fikir.
Dalam cakra pandang itulah, kata Rusyd, takwil atas teks secara benar dapat dilakukan dan dipahami oleh ahlul fikir. Pemikiran Rusyd tersebut kemudian dikenal sebagai teori perpaduan agama dan falsafah. Sementara itu, menyangkut pemaknaan atas Quran, Rusyd berpendapat bahwa Al-Quran memiliki makna batin di samping makna lahir.
Berkaitan dengan penciptaan alam, Rusyd yang menganut teori Kausalitas (hukum sebab-akibat), berpendapat bahwa memahami alam harus dengan dalil-dalil tertentu agar dapat sampai kepada hakikat dan kewujudan alam.
YOU ARE READING
Tokoh-Tokoh Islam Terbilang
AcakDi sini akan didedahkan tentang sejarah tokoh Islam yang sudah dikenali ramai ataupun yang belum dikenali ramai, kegemilangan yang dicapai oleh tokoh-tokoh Islam kepada dunia. Ada orang cakap "Dunia banyak berhutang dengan Islam", agak agak kenapa...