Bab 1
- Mimi POV -
Hai. Nama aku Mimi binti Sharik. Nama bapa aku Sharik bin Mokhtar. Kawan-kawan dia selalu panggil dia Pak Sharik. Nama mak aku pula Pionah binti Johari. Mak aku ni lain sikit dari mak orang lain. Nak tau kenapa? Mak aku hijau. Bukan hijau sebab dia selalu pakai baju hijau ke ape. Tapi sebab kulit dia hijau.
Aku pun tak tau kenapa dengan mak aku tu? Nak cakap yang atuk aku tu ada bela toyol dulu tak jugak. Pelik aku. Nenek aku iaitu mak kepada mak aku tu normal je aku tengok.
" Kenapa mak hijau, abah? "
Soalan yang selalu aku tanya kat abah. Selalunya abah tak akan jawab lah soalan aku ni. Memang tak lah orang tua tu nak jawab. Biasanya orang tua tu akan melarikan diri ke dapur. Kononnya nak minum kopi. Pernah sekali aku tanya abah soalan yang sama. Tau tak apa yang jadi?
" Kenapa mak hijau, abah? "
" Mimi, mimi, mimi... " kata abah dengan intonasi yang macam aku pernah dengar je.
" Err, abah. Kenapa Mimi rasa suara abah macam lain je? Abah sakit ke? " Sebenarnya aku tau abah tengah tiru gaya watak Datuk dalam drama yang malam-malam dia dengan mak selalu tengok tu. Saje je aku nak loyar buruk dengan orang tua ni. Ngomel ku dalam hati.
" Tak, abah sihat nak. Mimi boleh tak tolong abah buatkan kopi. Abah haus ni. "
" Abah ni, asal Mimi tanya pasal mak je abah nak minum kopi lah, itu lah, inilah. Abahhh. Bagitau lah kat Mimi abah.... kenapa mak hijau abah?? " Aku tak dapat nak tahan air mata aku lagi. Aku sedih. Aku sedih sebab mak aku hijau. Aku sedih sebab tak ada satu pun orang bagitau aku kenapa mak boleh jadi macam tu.
" Ahhhh, kau diamlah anak derhaka! Aku nak masak kopi ni! " Bukan kali pertama abah tengking aku macam ni. Ape salah aku? Aku cuma nak tau kenapa mak boleh jadi hijau. Itu je.
Abah pun berlalu pergi meninggalkan aku tertiarap di atas lantai. Jangan tanya aku, sebab aku pun tak tau kenapa aku boleh tertiarap kat sini.
Aku mengintai abah kat dapur.
" Heiii, manalah serbuk kopi ni? Pionah ni pun satu. Heiii!! " Abah mengomel sendirian.
" Pionahhhhhh!!!! Serbuk kopi aku mana daa? "
Krik krik krik. Ibu tak ada kat rumah.
" Milo pun jadi lah " kata abah. Tangan abah terus mencapai serbuk Milo lantas diambilnya pula gula.
" Ya Allah Ya Tuhanku.. Gula pun tak ada? " Abah terduduk di lantai.
Abah menangis. Ini kali pertama aku melihat abah menangis. Aku pun berlari mendapatkan abah. Aku bertanya lagi.
" Abah, kenapa mak hijau abah? "
" Arghhhhhhh!!! " Abah meraung kegeraman.
YOU ARE READING
Kenapa Mak Aku Hijau?
Random'' Abah, kenapa mak hijau abah?" MIMI ''Ahhhhh, kau diam lah anak derhaka. Aku nak masak kopi ni!'' PAK SHARIK ''Mi, mi tak paham..'' MAK PIONAH