Bab 6

9.3K 959 370
                                    

Bab 6

8 tahun kemudian...

- Mimi POV -

Hari ini genaplah usiaku 25 tahun. Pantas sungguh masa berlalu. Sedar tak sedar aku dah pun dewasa. 5 tahun berlalu, macam-macam perkara jadi.

" Hello, Amar. You kat mana? Malam nanti makan kat rumah I ok. Abah I ajak. Yer.. Okay, bye. Muah ciked. " Ish, gediknya aku.

Sapa pula Si Amar ni? Kalau korang nak tau, Amar ni lah pakwe aku. Fahmi? Ughh. Mamat tak guna tu rupanya ada affair dengan kawan baik aku sendiri, Fisya. Correction. Ex kawan baik.

Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Aku bersiap-siap untuk pulang. Pintu pejabat aku kunci. Lupa pula nak cakap aku sekarang dah buka butik sendiri. Baru je mula setahun yang lepas. Alhamdullilah, setakat ini semuanya berjalan dengan lancar.

Punat di kunci kereta aku tekan. Lantas lock pun terbuka. Aku masuk ke dalam isi Mini Cooper S merah kesayangan aku. Tak sabar rasanya nak sambut hari jadi aku dengan dua orang insan yang paling aku sayang.

* * * * * * * *

- Pak Sharik POV -

" Hari ini lah harinya. Ya. Setelah 25 tahun berlalu, Mimi akan tahu segalanya. Mimi, anak abah... Uhuk huk! " Haji Sharik bercakap sendiri.

Ya. Aku kini sudah pun bergelar Haji. Alhamdullilah. Kalau lah Pionah masih hidup. Uhuk huk!

" Asal ingat Pionah je batuk, batuk je ingat Pionah " bebel Haji Sharik.

* * * * * * * *

Sebuah kereta Mini Cooper S berwarna merah berhenti di perkarangan rumah Haji Sharik. Tidak lama kemudian, sebuah Ferrari berwarna kuning juga sampai.

" Ni mesti Mimi dengan Amar ni. " Haji Sharik bangun ke arah pintu. Amar bersalaman dengan Haji Sharik. Begitu juga dengan Mimi.

* * * * * * * *

Setelah habis makan, Haji Sharik mengajak Amar dan Mimi untuk duduk. Ada perkara penting nak dibincangkan katanya.

" Mimi, Mimi masih ingat kat arwah mak? "

" Masih, abah. Mimi tak pernah lupa kan arwah mak. "  Mimi tunduk. Dia teringat peristiwa hitam 8 tahun yang lalu.

Amar hanya terdiam. Dia tahu kisah berkenaan arwah mak Mimi tu. Mimi pernah memberitahunya dahulu. Amar bersimpati terhadap Mimi. Baru sahaja dia hendak memegang bahu Mimi, Haji Sharik menjelingnya tajam. Alamak.

" Mimi ada apa-apa nak tanya kat abah ke? "  Mimi tahu apa maksud abahnya, tapi dia sudah berjanji tidak akan bertanya lagi. Sejak maknya meninggal, Mimi tak pernah bertanyakan soalan itu lagi. Kerana bagi Mimi, soalan itulah yang telah menyebabkan maknya meninggal.

" Mimi, sebenarnya mak Mimi tak hijau. "

Apa? Mimi terkejut. Dia dan Amar berpandangan.

Lensa kamera di-zoom in kan ke arah muka mereka bertiga. (Sapa yang pernah tengok Sinetron faham :P )

" Maksud Abah? "

" Betul Mimi. Mak Mimi tak hijau. Mata Mimi yang nampak mak hijau sebenarnya. "

" Apa? " Hanya itu sahaja yang mampu Mimi katakan.

" Dulu, arwah mak Mimi suka sangat warna hijau. Beberapa tahun selepas abah dan arwah mak kahwin, Mimi pun lahir. Masa tu Mimi bayi lagi. Satu hari tu arwah mak Mimi menyusukan Mimi. Masa arwah mak tengah menyusukan Mimi tu, abah perasan yang susu yang Mimi minum tu warna hijau. Lepas tu mata Mimi berubahlah jadi hijau. Yang peliknya, tak lama lepas tu mata Mimi hitam balik. Abah dengan arwah mak ingatkan tak ada apa-apa lah lepas tu. Tapi bila Mimi umur 3 tahun. Mimi tiba-tiba kata yang mak Mimi hijau. Sejak tu lah arwah mak Mimi jadi hijau di mata Mimi. "

" Apa dia, abah? Tapi kenapa orang lain Mimi tak nampak hijau pun? "

Amar sudah pun membuat gaya facepalm, dia seakan-akan tidak percaya apa yang dia dengar.

" Abah rasa mungkin sebab susu hijau tu datang dari arwah mak kamu kut. Sebab tu lah hanya kamu je yang nampak arwah mak kamu tu hijau, Mimi. "

"  Kenapa abah dengan arwah mak tak pernah nak bagitau Mimi ? "

" Kami tak sanggup, Mimi. Kami takut yang Mimi tak dapat terima kenyataan. "

Mimi membatu seketika.

"  Abah, esok kita lawat kubur mak nak? "

"  Yelah, Mimi. Ajak Si Amar ni sekali. "

Mimi memandang Amar, Amar tersenyum blur. Dalam hatinya, masih rasa pening. Pening dengan kisah silam keluarga bakal isterinya itu.

" Bodong punya keluarga.. Patut ke tak aku kahwin dengan dia ni? Nanti tak pasal-pasal anak aku pula jadi hijau " bisik Amar di dalam hati.

                                     THE END

* Cerita ini hasil karya saya 100 peratus. Inspirasi dari Shrek The Movie.

Kenapa Mak Aku Hijau?Where stories live. Discover now