Hari ini hari pertama aku akan berada di Peddleton Elite Private High School atau Peddleton High sebagai seoarang pelajar tingkatan empat . Sekolah yang hanya menempatkan anak-anak orang kaya dan ternama . Mesti korang ingat aku nie pun anak orang kaya kan ? Biar aku kenalkan diri aku dulu .
Nama aku Nana , umur aku 16 tahun , anak kepada seorang peniaga ikan dan sayur-sayuran dipasar . Aku anak bongsu dan mempunyai dua orang abang yang sedang belajar diuniversiti .
Jadi kenapa aku boleh bersekolah di sekolah yang berprestij yang hanya khas untuk anak anak orang berpengaruh ? Semua tu berkat kecemerlangan aku dalam study dan exam . Siapa sangka ? Kalau nak diikutkan aku nie tak ada apa-apa kriteria sebagai seorang pelajar Peddleton High selain daripada otak aku .
" Nana , kita dah sampai ni " suara appa mengembalikan aku dari lamunanku . Aku keluar dari van milik appa dan melihat bangunan yang berada dihadapan aku . Seakan tidak percaya apa yang aku lihat dan akan aku lalui , aku akan belajar disini ? Aku akan belajar dibangunan semewah dan secantik ini ?? Bangunan yang terbentuk melengkung sedikit itu tersergam indah dihadapan mataku . Aku mencubit lenganku untuk memastikan bahawa aku tidak bermimpi .
Auww ! Sakitnya . Mataku bersinar-sinar , senyumanku mula terukir apabila sudah memastikan yang aku tidak bermimpi .
" Nana , apa yang kamu tengok lagi tu ? Tak kan nak tengok luar je , tak nak tengok yang kat dalam ? " ujar Appa . Aku tersenyum kepada appa dan mengikuti langkah appa dan omma memasuki bangunan itu .
Banyak mata-mata yang memandang kearah kami dengan pandangan yang kurang senang , ada juga yang memandang kami jijik . Ada yang berbisik-bisik sambil mata mereka memandang kami dari atas ke bawah tapi semua itu kami abaikan .
Aku tak pernah malu hidup dengan sederhana . Tak pernah malu menjadi seorang anak peniaga ikan . Tak pernah malu dengan rupa dan gayaku yang selekeh . Tak pernah malu mempunyai saiz badan yang besar . Aku bersyukur aku dikurniakan apa yang aku miliki sekarang ini . Walaupun hidup dalam keadaan sederhana , kami masih mampu membeli makanan dan pakaian , kasih sayang yang aku dan abang-abang aku perolehi juga tak pernah kurang . Semuanya lebih dari cukup .
Wahh ! Mulutku terbuka luas mengagumi setiap inci bangunan ini . Kami sudah berada dibahagian lobi sekolah . Tidak ramai pelajar-pelajar baru yang ada disini , hanya ada beberapa orang . Pasti kerana kami lambat sebulan untuk memasuki sekolah ini , lagipula sekolah ini sekolah berprestij pasti mahal biayanya untuk masuk ke sini . Mujurlah aku ditawarkan biasiswa , kalau tak aku mungkin tidak akan berpeluang untuk menjejaki kaki disini , jauh sekali untuk dapat belajar disini .
Aku yakin ini bukan tuah atau nasib tapi ini perancangan yang telah ditetapkan untukku . Pasti ada hikmahnya , pasti ada benda yang dia mahu aku pelajari melalui ini .
" Nana , jaga diri kamu ya ? "
" nae appa "
" belajar rajin-rajin , jangan sia-sia kan peluang yang kamu dapat ni . Tak semua orang bertuah macam kamu " ujar omma , aku hanya mengangguk .
omma dan appa meninggalkan aku untuk pulang . Aku melambaikan tangan kearah mereka sehingga mereka lenyap dari pandangan .
Aku dan pelajar-pelajar yang lain ditunjukkan kearah hostel kami . Ya , sekolah ini juga menyediakan hostel . Sekali lagi aku kagum saat melihat deko bilik hostelku . Senyumanku melebar . Siapa saja manusia diluar sana yang juga tinggal di hostel pasti sahaja akan berasa cemburu saat melihat bilik hostel secantik ini walaupun pada hakikatnya inilah pertama kali aku akan duduk berjauhan dari omma appa dan tinggal dihostel . Dinding yang terhias berbeza , katil yang sudah dilengkapi cadar . Walaupun bilik ini tidak bersaiz besar tapi cukup selesa untuk kegunaan pelajar .
Setiap bilik menempatkan empat orang pelajar . Kerana bosan menunggu teman-teman bilikku yang belum sampai , aku bercadang untuk keluar melihat kawasan sekolah ini .
sedang aku berjalan seorang diri dikawasan koridor sekolah , tiba-tiba aku terdengar satu muzik yang kuat datang dari arah sebuah bilik latihan . Aku berjalan kearah bilik itu untuk melihat gerangan orang yang berada didalamnya .
Mataku memerhatikan gerak tari satu susuk tubuh yang kurasakan begitu sempurna . Tiba-tiba orang itu menghentikan tariannya dan menoleh kearah aku . Aku yang baru tersedar dengan hal itu , cepat cepat berselindung di sebalik pintu .
Tidak sampai beberapa saat , lelaki itu sudah berada dihadapanku dan memandang tepat ke anak mataku . Aku yang merasa takut mula membuka langkahku untuk meninggalkan tempat itu tetapi dia sempat mematikan langkahku dengan memegang pergelangan tanganku .
Alamak ! Matilah aku . Aku terkejut dengan tindakannya itu . Dia pasti akan memarahiku kerana mengintainya . Aku memejamkan mataku kerana takut .
" mian " ujarku tanpa menoleh kearah dia , mataku masih lagi terpejam tidak berani untuk membukanya . Beberapa saat sudah berlalu tapi masih tiada balasan kata-kata dari lelaki itu . Perlahan-lahan aku membuka mataku dan menoleh , aku mengangkat mukaku untuk memandang lelaki yang lebih tinggi daripada aku itu . Lelaki itu tersenyum manis padaku membuatku bertambah hairan .
" awak tak marahkan saya ke ? " soalku .
" kenapa saya nak marah awak ? " soalanku dibalas dengan soalan .
" sebab saya intai awak menari .. "
" ouh , pasal tu .. Saya memang marah dekat awak , marah sangat ! " wajah lelaki itu terus berubah serius . Aku terus menunduk memandang kasut . Alamak , habislah aku . Nana , tak sampai sehari kau disini .. Kau dah cari musuh , memang naya lah . Aku mula ketakutan memikirkan apa yang bakal terjadi pada aku .
" Hahahha ! " Kedengaran gelak tawa kuat dari lelaki itu membuatkan aku mendongak semula . Dia sedang tergelak sakan sambil memegang perutnya , aku pula mengerutkan dahiku tanda tidak mengerti . Dia cuba menghentikan gelaknya dan memandang kearah aku .
" awak memang ingat saya marah awak ke ? " soalnya . Aku hanya mengangguk apabila tersedar yang dia sudah memandangku tepat .
" dah lah , awak tak payah lah takut . Saya gurau je " ujarnya sambil menepuk-nepuk bahuku membuatkan aku tergamam . Senyumannya tidak pernah lekang dibibir . Dia permainkan aku ke ? Dia gelakkan aku ? Haishh , malunya ..
" kenapa saya tak pernah nampak awak pun sebelum nie ? Pelajar baru ke ? " sekali lagi aku hanya mengangguk masih membisu . Lidah ini terasa kelu untuk berbicara selepas apa yang terjadi sebentar tadi .
" okaylah , annyeong . jumpa esok ! " ujar lelaki itu sambil melambai padaku , kemudian terus memasuki bilik latihan tadi semula lalu menutup pintu . Aku terkaku disitu untuk beberapa ketika sebelum membuat keputusan untuk pulang ke hostel .
Dalam perjalanan menuju ke hostel , fikiranku ligat memutarkan ingatan mengenai lelaki tadi . Bermacam soalan bermain difikiran . Jumpa esok ? buat apa dia nak jumpa aku hah ? Dia suka aku ke ? Ish , mestilah dia cakap jumpa esok .. Esokkan hari isnin , perasan betul aku ni , tak kan lah lelaki handsome macam dia tu akan suka dekat aku . Mustahil . Aku tergelak sendiri .
Sudah sudahlah malukan diri sendiri Nana .
YOU ARE READING
Handsome And The "Beast" (MALAY)
FanfictionKerana kepandaiannya , Nana yang berumur 16 tahun ditawarkan untuk belajar di Peddleton Elite Private High School , sekolah berprestij yang khas untuk anak-anak orang ternama . GOT7 - sangat terkenal dengan kelebihan yang mereka miliki . Tampan...