aku melangkah ke kelas dengan tangan diletakkan ke dada , terasa degupan jantung masih kencang akibat peristiwa pelanggaran aku dengan JB semasa hendak ke tandas tadi . perlahan-lahan senyumanku terukir.
" kyaa !! " cepat-cepat aku mematikan senyumanku dan menoleh kearah suara dibelakangku.
" o Bambam "
" mwo anya ? " soal Bambam padaku sambil merehatkan tangannya dibahuku. Sambil menjawab, perlahan-lahan aku mengalihkan tangannya dari terus diletakkan dibahuku.
" tak buat apa-apa ... wae ? "
" ani , saya rasa pelik awak berdiri lama depan pintu sambil letak tangan dekat dada " jawapan Bambam membuatkan mukaku bertukar merah padam.
" oo "
" awak tak jawab lagi soalan saya , apa awak buat berdiri tegak depan pintu kelas sambil letak tangan dekat dada ?"
" err .. err .. arr , sebenarnya saya tengah hafal lagu sekolah . Maklumlah budak baru " kata-kataku diakhiri dengan gelak yang janggal. Bantailah Nana , tak kan nak bagi tahu dia aku tengah angau dengan kawan dia yang seorang tu. Bambam memandang ku hairan sebelum mengangguk perlahan.
" kyeowo " Bambam menguntumkan senyuman , aku membalasnya dengan senyuman janggal. Bambam berjalan kearah tempat duduknya, aku mengikuti langkahnya kerana dia masih memilih untuk duduk disebelahku. Bambam menghentikan langkahnya secara tiba-tiba dan menoleh kearahku membuatkan aku hampir berlanggar dengannya . Aku mengangkat sedikit mukaku untuk memandang mukanya kerana ketinggian kami yang berbeza.
" lagu sekolah kita memang kena letak tangan dekat dada ke bila nyanyi ?" aku terkejut dengan pertanyaan yang diajukan Bambam , nampaknya dia masih tak dapat move on dengan alasan aku berdiri tegak depan kelas tadi. Haih .. Boleh tak abaikan je benda tak penting tu ? he he .
" err .. tak pasti pulak saya . saya letak je tangan dekat dada sebab peraturan sekolah lama saya dulu macam tu " Haha , ni namanya tipu sunat.
" oooh , erm okay " Bambam berpaling untuk meneruskan langkahnya, baru saja aku ingin melangkah Bambam sudah menoleh kearah aku semula . aku cuba menahan reaksi mukaku yang dah nak terlepas dengan perkataan ' ha ! apa lagi ?? ' dengan nada tinggi . aku memandang Bambam sambil melemparkan senyuman.
" wae ?"
" o , cuma nak bagi tahu sekolah kita tak ada peraturan macam tu " aku mengangguk.
" ada apa-apa lagi ke nak tambah ? nak tanya ke ? " soalku sengaja menduga.
" Ha , nak bagi tahu yang saya pasti tentang tu " sekali lagi aku mengangguk tanda mengerti . Kehadiran cikgu membuatkan aku dan Bambam segera melabuhkan duduk.
Aku berjalan untuk balik ke hostel melalui kawasan yang mempunyai court bola keranjang . Kebetulan ketika itu ada beberapa orang sedang bermain bola keranjang , langkahku terhenti apabila melihat seorang lelaki lincah bergerak sambil menggelecek bola diekori oleh dua lelaki di kelilingnya . Dia dikepung tapi berjaya melepaskan diri dari kepungan dan dalam masa yang terhad dia berjaya menghantar bola dengan pergerakan hantar bola di atas kepala kepada ahli pasukannya. seorang daripada dua lelaki yang mengepungnya tadi terus menukar target kepada pemain yang memegang bola manakala seorang lagi masih menjaga pergerakan lelaki pertama itu , walau bagaimanapun sekali lagi bola berjaya di pas semula kepada lelaki pertama tadi . Dia cuba untuk membuat jaringan tadi dihalang oleh pihak lawan , cepat cepat mencari peluang dan melompat tinggi 'GOOOOOAL!!' satu jaringan berjaya dilakukan oleh lelaki tersebut.. sepanjang aku tengok .
" Nana ? " pandanganku dialihkan dari memandang jaring kepada lelaki yang menyebut namaku. Dia lelaki yang membuat jaringan tadi.
" chamkamanyo " ujarnya kepada pemain lain sebelum melangkah kearah aku .
" Nana .. right ? " tanya lelaki itu lagi untuk memastikan bahawa dia tidak salah orang.
" .. nae .. eotteoke ... " belum habis aku menyuarakan soalanku , kata-kataku sudah dipotong.
" oo , jangan risau . saya bukan stalker . hehe . Cafe , remember ? ... Bambam ? .." dahiku berkerut cuba mengingati.
" oo , mian .. saya terlupa . btw , gomawo sebab dah tolong saya buatkan dorang semua bersurai dari terus .. ya , tengok 'show' tak berbayar saya tu " muka dia kelihatan serius. Hey , chill bro.
" tak, saya yang patut minta maaf sebab awak budak baru dalam sekolah kita orang tapi kita orang layan awak teruk " ujarnya lagi.
"tak, awak tak salah apa-apa , awak tak perlu mintak maaf dan saya tak perlu maafkan awak sebab tak ada apa-apa yang perlu dimaafkan pun" balasku.
" but still saya nak minta maaf bagi pihak dorang and saya harap awak terima kata maaf ni tanpa kata apa-apa " akhirnya aku mengangguk tanda mengalah.
" btw , saya nampak lama juga awak berdiri dekat sini perhatikan kita orang main ... so, macam mana saya main ? agak agak boleh buat awak terpikat tak ? " dia terus tergelak besar selepas menghabiskan soalannya , mungkin sebab malu . Aku tergelak kecil . Tadi nampak serius semacam , tiba-tiba .. alahai ..
" em , not bad tapi sebenarnya tengok korang main ni buatkan saya teringat dekat orang yang saya rindu " dia berhenti tergelak dan memandangku sambil berkerut.
" who ? boyfriend ? but still saya lagi hebatkan ? " dia tersenyum bangga membuatkan aku sekali lagi tergelak.
" tak lah , actually he is my brother . Dia suka main bola keranjang ni and for your info , he is pro .. " aku menghabiskan kata-kata dengan senyuman bangga sama seperti yang dipamerkannya tadi membuatkan dia tergelak kecil . Ingat lagikan aku pernah sebut aku ada dua orang oppa yang sedang belajar diuniversiti ? salah seorang oppa aku sangat suka bermain bola keranjang dan dia ada juga ajar aku serba sedikit , contohnya cara nak menggelecek bola dengan betul.
" hey jackson ! " dia menoleh kearah pemain bola keranjang yang memanggilnya.
" kita orang balik dululah " ujar lelaki itu lagi sambil melemparkan bola kearah Jackson dan jackson menyambutnya . Baru teringat sembang panjang sampai terlupa tanya nama dia . Jackson ?
" o , keure , annyeong " mereka berbalas lambaian sebelum dia menoleh semula kearah aku .
" so .. apa kata kita check tahap professional abang awak melalui awak ? " kitorang berbalas pandangan dan senyuman.
" call "
YOU ARE READING
Handsome And The "Beast" (MALAY)
FanfictionKerana kepandaiannya , Nana yang berumur 16 tahun ditawarkan untuk belajar di Peddleton Elite Private High School , sekolah berprestij yang khas untuk anak-anak orang ternama . GOT7 - sangat terkenal dengan kelebihan yang mereka miliki . Tampan...