Semiggu berlalu,aku dan keluarga bersiap-siap untuk berpindah. Masa tu,ramai yang ada di halaman rumah aku.
***
Aku pun naik kereta untuk bergerak ke Johor. Setelah enjin kereta milik ayah ku dihidupkan,kami bertolak ke Johor . Aku melambai-lambai jiran aku dan kawan-kawanku. Mereka pun membalas lambaianku. Di situ,air mata ku jatuh tanpa ku sedari. Aku sedih sangat!
Ibu dan ayah ku hanya melihatkan sahaja perangaiku itu. Aku menangis dan terus menangis sehinggakan aku terlena tanpa aku sedari. Apabila aku tersedar,aku lihat aku telah berada di surau untuk menunaikan solat Zohor.
Setelah aku usai solat Zohor,kami pun menyambung perjalanan kami yang jauh tadi.
"Ayah, lama lagi ke nak sampai Johor ni?"tanyaku.
"Lama lagi la adik. Tak pe,adik tidur je la. Nanti kalau dah sampai ayah kejutkan. "
"Ok," hanya itu sahaja yang mampu aku jawab.
Tiba-tiba kereta ayah berhenti di sebuah restoran untuk kami makan tengah hari. Kami memilih meja dan duduk. Aku melihat ayah kelihatan letih sekali. Mujur ibuku juga pandai memandu. Mungkin selepas ni,ibu aku akan menggantikan tempat ayah. Itu yang aku fikir.
"Nak minum apa ya?"tanya pelayan itu.
"Bagi teh tarik 2" kata ayahku.
"Bagi teh o ais."kataku pula.
"Makan apa pula ya?"
"Bagi nasi goreng kampung 3"kata ayahku.
Memang nasi goreng kampung menjadi kegilaan bagi kami. Ahahaha.
Setelah kira-kira 5 minit kemudian,makanan yang dipesan kami pun sampai. Sungguh enak aku tengok nasi tu. Kami pun makan dengan penuh selera. Wah,sangat sedap. yummy.
Setelah 30 minit kemudian,kami pun usai makan. Ayah mengeluarkan sekeping wang yang berwarna hijau dan membayar bil makanan yang kami makan tadi di kaunter. Setelah selesai membayar bil makanan,kami pun kembali masuk ke dalam kereta. Ternyata sangkaan ku betul. Memang ibu yang menggantikan ayah memandu. Ibu pun memandu kereta milik ayah dengan penuh berhemah.

ANDA SEDANG MEMBACA
Don't Take My Happy Life!
NonfiksiMar terpaksa berpindah ke Johor. Dia takut jika dia kat sana tak de kawan. jadi,apa yang berlaku ya? *selamat membaca* *cerita tak berapa best kot* *tak reti nak buat cerita sebenarnya* *practice make perfect*