3. Kalung.

565 7 5
                                    

"Sorry. Lambat. Jalan jem."

"Alah, alasan cliche. Jalan jem apanya."
Zikri mencebik. Naik kebas punggungnya menunggu kedatangan Razif di kedai mamak.

"Heh, aku solat Maghrib dulu. Ko dah solat?"

Soalan yang tepat menikam ke dada Zikri. Terkulat-kulat Zikri mendengar sebaris ayat dari Razif.

"Aku tak alim macam ko."

"Ni bukan soal alim tak alim. Tapi kewajipan." Razif membalas setelah membuat order kepada pelayan. Nasi goreng kampung dan teh tarik.

Razif & Zikri berkawan sejak dari bangku sekolah. Segala kelemahan dan kelebihan antara mereka di terima baik sesama mereka, menjadikan persahabatan mereka kukuh sehingga ke hari ini. Masing-masing sudah berusia 24 tahun.

"Ye lah, nanti aku solat lah." Zikri menjawab malas.

Alasan cliche. Getus dalam hati Razif.

"Ko ni dah perfect. Manager hotel. Kereta besar. Rumah selesa. Cuma satu je."

"Apa?" Razif menghirup perlahan air teh tariknya yang masih panas. Terasa hangat seluruh badan sebaik meminum teh tarik.

"Ko takde awek."

Razif mengangkat bahunya. Ya, kehidupannya sempurna, tapi tiada penyerinya.

"Ko demand lebih ke macam mana dalam cari awek ni?"

"Tak. Cukuplah yang bila aku tengok wajah dia. Aku rasa gembira dan tenang."

"Fuhh. Melebih."

"Dan aku nak jadikan dia suri rumah aku terus."

"Baguslah tu."

Datang sekumpulan tubuh yang mencuri perhatian mereka berdua. Ada 5 orang gadis kesemuanya. Mata Razif tertancap pada seseorang. Jantungnya lantas berdegup kencang. Mungkinkah ini cinta?

Kumpulan gadis itu duduk tidak jauh dari meja mereka. Razif pula mengambil kesempatan mencuri pandang pada gadis idamannya. Ya. Idaman hati. Secepat itu hatinya jatuh cinta. Seluruh sarafnya lumpuh apabila memandang wajah si gadis. Siapakah gerangannya?

"Ko minat awek mana ni? Biar aku tolong adjust."

"Haish. Mana ada aku minat."

"Dari tadi dok usha, kejadah tak minat."

Zikri juga menumpukan perhatiannya kepada kumpulan gadis itu. Lama.

"Haa. Ni mesti awek bertudung warna ungu tu kan." selamba Zikri membalas.

"Err." Razif terkedu kerana tekaan Zikri tepat.

"Aku tolong ko."

Zikri berdiri dan Razif tidak sempat menahan. Bodohnya Zikri.

10 minit kemudian, Zikri kembali ke meja dengan senyuman kemenangan.

"Nampak dari gaya awek tudung ungu bernama Norina tu pun sangkut kat ko."

Kumpulan gadis itu berdiri hampir serentak, meninggalkan restoran setelah membuat bayaran. Kumpulan itu melalui meja mereka, dan Norina, gadis bertudung ungu menjeling pada Razif. Lalu menghadiahkan sebuah senyuman.
"Ko bagitau apa kat dia sampai dia senyum kat aku ni? Macam senyum sinis je."

"Aku cuma cakap ko ni pemalu, tapi nak kenal dengan dia. Tu je."

"Cilake!"

Tapi, adakah ini jodohku?

*

"Sayang, tutup mata dulu."

"Ok."

"Ok, sekarang buka mata."

"Wow. Cantiklah, abang." Norina memuji sambil membelek-belek rantai yang dibelu oleh Razif. Norina terharu.

"Khas untuk awak."

"Mesti mahal,kan?"

"Mahal atau tak, itu bukan ukuran cinta saya pada awak."

Norina senyum.

Razif dan Norina akhirnya declare sebagai pasangan kekasih, atas desakan dan paksaan Zikri agar Razif menghantar Whatsapp kepada Norina.

Bermula dari situ, kisah cinta mereka bermula. Ternyata, Razif tidak bertepuk sebelah tangan, Norina juga menaruh perasaan terhadapnya.

*

7 bulan kemudian.

"Muka dah macam panda penyek. Apahal?" Zikri mencapai bungkusan roti Gardenia lalu mengeluarkan sekeping, kemudian menyapu dengan Nuttela.

"Norina..."
bertambah kelat wajah Razif bila menyebut insan yang dia sayang.

"Kenapa? Dia.. ajak ko kawen?" Kali ini tekaan Zikri jauh tersasar.

"Kalau dia ajak aku kawen, takde la aku bermuram durja macam ni. Hadui."

"Hmm. Ye tak ye jugak.""

"Dia dah berubah. Macam... entahlah. Dah berubah... hati?"

Norina merupakan cinta pertama Razif dan Razif inginkan Norina menjadi ibu kepada anak mereka. Menjadi permaisuri hatinya yang halal. Namun, perubahan yang dialami Norina membuatkan Razif sangsi. Apakah Norina hanya permaisuri imaginasi.

"Kau ada gaduh dengan dia?"

Razif diam.

*

"Abang, you sayang I kan?"

"Mestilah sayang Norina. Kenapa tanya?"

"Kalau you sayang I, tunaikan sesuatu."

"Apa dia?"

"Layan dan tidur dengan I."

"Astaghfirullahhalazim. Apa ni Norina?"

"Please abang. Sayang sunyi dan gersang ni."

"Setan apa dah merasuk you ni, Norina?!"

"Please abang. Sayang dah tak tahan ni."

"Abang takkan sentuh Norina sampai Norina jadi milik abang yang sah! Norina Ahmad, tolong jaga kehormatan anda sebagai wanita!"

"Fine! Kalau tak nak!"

*

"Aku kena nikahi dia." tekad Razif. Razif tak mahu melihat Norina sedemikian rupa lagi.

*

"Aku ajak jumpa tak nak... mengelak."

"Besar sangat ke kesalahan aku pada dia?"

"Aku... cuma.. nasihatkan dia. Kenapa dia buat aku macam ni?"

"Mungkin Norina bukan untuk aku.."
Hati Razif retak seribu, percintaan dan persahabatannya ranap dalam satu masa yang sama. Apabila melihat Zikri sedang seronok menikmati seluruh tubuh Norina. Norina pula seronok dengan perlakuan Zikri. Mereka berdua karam di lautan dosa dan noda. Kejadian mungkar itu berlaku dalam bilik Zikri di rumah sewa mereka. Tatkala Razif cuba memujuk Norina agar berjumpa dengannya, Norina sedang seronok diulit belaian rakus Zikri.

Hati Razif retak seribu. Tak perlu tunggu lebih lama lagi. Razif harus segera pergi dari sini. Percintaan yang gagal, persahabatan berkalungkan khianat, harus dilupakan.

Koleksi Cerpen.Where stories live. Discover now