Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur. "ustaz kenalkan isteri saya." Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan mengangguk. "baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau." Aiman sentak. Walau apapun senyum paksa di beri. "Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni." kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam. "Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke syurga." "terima kasih ustaz." Aiman bersuara. Ustaz itu menepuk bahu Aiman. "baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum." "waalaikumsalam." Jawab Syahirah dan Aiman serentak. Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi. "lamanya abang pergi.." Aiman tersedar. "hmm,seminggu je." Ya,dia kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.
Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.! "seminggu tu lama tauu.." lirih Syahirah. "pejam celik- pejam celik sekejap je tu.." "kalau pejam tak celik- celik?" tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang Syahirah. "apa awak cakap ni.." lembut dan ada nada risau di situ. Syahirah ketawa halus. "gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap." Aiman diam. "tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas." Isterinya tarik muncung. "tak mau lah, nanti kurang pahala."
Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah... banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas. "awak sihat?" Aiman duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang. "Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? " Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri. "..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?" tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. "..saya tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya.." air mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. "awak nangis ke?" Diam lagi. "awak, saya..." Syahirah memintas. "tak apa. Saya faham." Air matanya di seka. " abang sihat tak?" "Alhamdulillah sihat." Diam. "Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk" pesan Syahirah. "baik sayang." Terdiam Syahirah....
YOU ARE READING
Cinta Sampai Syurga
RomanceCinta Sampai Syurga mengisahkan Seorang lelaki yang dipaksa kahwin Dengan Seorang Ustazah.