Cinta Sampai Syurga Part 11

489 21 0
                                    

  "Assalammualaikum.." Aiman menoleh. "waalaikumsalam, eh ustaz." Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum. "baca artikel apa itu?" "Nasihat Rasulullah pada Ali." "oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?" Aiman senyum. "tenang duduk dekat masjid ni." "dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?" Aiman sentap. "hm,dia balik kampung." "oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu." Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya menyelak muka surat pertama. Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya.... Terkedu Aiman. Ya Allah... Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu... sekarang lain... 

 Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.

Aiman membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itu merajuk.

Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman

Lepas beberapa minit.

Syarikat abang dah okay? – Syahirah.

Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman

Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.

Aiman senyum membaca message itu. insyaALLAH. – Aiman.


Cinta Sampai SyurgaWhere stories live. Discover now