Aiman terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah. "sayang.." Aiman memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau. Aiman mencampakkan pisau itu. "ha, ini tuan yang membunuhnya!" terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya. "bukan saya." "dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa." Tangan Aiman bergari. "bukan saya!.." Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di disitu. "Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!" anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata berlinangan. "kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni..." sayu abahnya berbicara. "bukan Aiman bah!!" Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman memandang abi,umi dan alongnya. "abi, bukan saya, umi!!" meronta-ronta Aiman. "sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!" herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis. Aiman cuba meronta. "bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya.." "cepat bawa dia!" arah alongnya. Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya Allah............. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang. Sayang... Bantu hamba Ya Allah......... Haji Amran melawat menantunya di penjara. "abi..percayalah saya.." Haji Amran senyum. "sabar Aiman, kebenaran akan terungkap, bersabarlah.." "abi, macam mana keadaan Syahirah?" Haji Amran senyap. Air matanya bergenang.
Sebak dadanya. "abi kenapa dengan isteri saya?" Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa. "bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya." Haji Amran bangun dari kerusi itu. "abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?" mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan. "abi,kene pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum." Haji Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat..... "abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu.." Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. "cuba abang baca.." Rasulullah saw. bersabda: "Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya." (Muslim) "Encik,saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran.." kata Aiman pada warden yang menjaganya itu. Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. warden-warden di ditu berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran. 'Al-Quran, the love letter from Allah' – isterimu. Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah...
Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN...

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Sampai Syurga
RomantizmCinta Sampai Syurga mengisahkan Seorang lelaki yang dipaksa kahwin Dengan Seorang Ustazah.