Cinta Sampai Syurga Part 9

525 20 0
                                    

  Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan. "abang.." sapa Syahirah manja. Aiman senyum. "kenapa?" "nah.." Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir. "birthday saya rasanya belum lagi.." "abang buka lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum." Syahirah nampak penat. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu. "subhanaALLAH, tafsir Al-Quran.." terasa macam nak mengalir air mata Aiman. 'Al-Quran, the love letter from Allah' – isterimu. Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur. 

 Mungkin penat sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis. "Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!" tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap.


  Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting. "kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!" Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman. "abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil.." Dato Rahimi memandang sinis anaknya. "bukan kamu joli kan semua duit tu?" "Abah.." "dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni! " Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu. "abah, saya tak da duit banyak tu." "abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!" Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah... tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon. "Assalammualaikum." Lemah Aiman menjawab. "waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!" "er, kenapa along?" "kau balik je!" Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya? 

 Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia. "Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat sini.." rayu Syahirah. "eh, kau diam lah dik.." Aiman melangkah masuk ke rumah. "Assalammualaikum." "hah, sampai pun kau.." Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali tangannya. "kenapa along?" "aku nak bawak Syahirah balik.." Sentap Aiman mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata. "..ta..tapi kenapa?" "kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!" herdik Syahir. Sebak Aiman dengar. "along tak boleh buat macam ni.." "apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je." "along,kenapa along cakap macam tu?" Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman. "kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!" Syahir menarik tangan Syahirah.


Cinta Sampai SyurgaWhere stories live. Discover now