5. lelahnya Jiwa

71 1 0
                                    

Langit kelihatan mendung. Awan berarak lesu, sarat dengan beban. Seolah-olah mengejek aku yang keletihan. Pernahkah langit meminta awan agar menurunkan hujan? Mungkin tidak pernah, kerana hujan akan turun pabila perut awan senak dengan ujian kesesakan.

Mata ku masih tertacap ke langit. Memerhatikan bentuk-bentuk perit yang dizahirkan oleh awan. Gigih menahan beban yang sarat. Gelap dan berat. Hanya masa akan menentukan sama ada beban itu bakal dimuntahkan atau kembali ditelan.

....beban itu dilepaskan jua. Rintik-rintik hujan membasahi wajahku. Aku membiarkan saja sambil mata terkedip-kedip melawan butiran kasarnya. Lelah didada sudah tak mampu ditahan. Mengalir juga air mata bersama pergerakan hujan.

"Aku memang banyak dosa. Jadi aku wajar diuji sebegini rupa," ujarku, perlahan.

Kala sesuatu menyesak kalbu, mengapa tidak kau duduk berseorangan saja ngadap Tuhanmu..?
- Syabab Musafir Kasih

Beban yang dikandung awan semakin berkurangan. Kelihatan putih dan ringan. Cahaya mentari kini mencelah menembusi awan. Langit yang berat kini terlihat cerah dan bersemangat.

Aku tersenyum. Mengenangkan betapa hari ini telah berjaya mengejekku. Seolah-olah mencela jiwa seorang pendosa seperti aku. Seolah-olah berkata kepadaku;

"Lelah penatnya ujian akan pergi dan diganti dengan nikmat. Itupun jika kau terus beribadat, tak akan pernah lupakan tuhan. Kerana begitulah kitaran hidup seorang umat. Sebelum jasad hanya menjadi kenangan."

Diari Seorang PendosaWhere stories live. Discover now