Jiwanya terasa kosong. Ini, sudah entah keberapa kali dia tidak mampu mendongak wajahnya ke langit. Menunduk sahaja sepanjang masa. Pandangannya juga terasa kabur. Dan disaat curahan air dari kepada paip menyentuh tubuhnya, tangan kirinya memegang dada kanannya.
Seraya hatinya terdetik sayu...Macam mana dengan dia. Sudah berkurangkah dosanya?
Tidak. Malah makin bertambah.
Dia punya didikan agama bukan?
Ya. Dan dia sangat mengerti beza wajib dan haram.
Dia harus tahu, bahu kanannya tersangat ringan. Ringan dari catatan kebaikan. Dan bahu kirinya kini senget sebelah. Terlalu berat dengan catatan keburukan.
Apa lagi yang harus dilakukan?
Berdoa sentiasa agar jiwanya kembali akur pada Tuhan. Kerna cuma itu yang termampu aku lakukan.
Kau dah berusaha menasihati dia?
Sudah. Tapi dia tetap dengan pendirian kebatilan. Dulu pernah dia kembali bertuhan, pabila jiwanya sarat dengan beban. Kembali hidup berpandukan ajaran. Tetapi kemudian. Dia kembali menjadi seorang pendosa. Menambah beban di buku amalan.
Aku cukup kasihan dengan buku amalan di bahu kanan. Kosong tanpa catatan. Kau teruslah bersama dia, walau sukar dan penuh dugaan. Hanya kau yang mampu membimbingnya bertemu Tuhan.
Aku cuba. Kerna aku masih bersisa di dalam jiwanya yang gelita. Mungkin sukar untuk dijumpai tapi yakinlah aku masih raja di sudut hatinya yang paling atas.
Iman.
Kekal lah kau menjadi raja dihatinya ya.InsyaAllah.
Khayalan bertukar realiti. Dia masih berdiri di bawah pancuran air dari tadi. Disaat dia mahu memejamkan mata. Bayangan silam mula menjelma dan membangkitkan bibit-bibit gusar didada. Saat itu, jiwanya lelah. Nafas tercungap mengah. Kesilapan semalam kembali menghantui jiwa seorang pendosa seperti dia.
Percayalah
Jahannam itu dipagari keseronokan
Firdaus itu dipagari dugaan dan cabaran
Hanya umat yang kekal beriman dan bertakwa sahaja
Bakal menemui Tuhan dalam keadaan aman.