9. Semakin Jauh

44 0 0
                                    

Fahaman sesat meracun minda
Menyatakan ya walaupun sebenarnya salah
Menimbulkan keyakinan palsu yang berpaksikan keliru

Tujuan hidup semakin kabur
Pabila haq dikatakan salah dan batil menjadi benar

Masyarakat pula semakin kelam kabut
Tertarik jauh ke lembah kesesatan
Dek kerana campuran keliru dan fitnah
Yang saban hari menyinggah
Juga kerana tenggelam dalam kesibukan
Yang menyekat kebebasan hidup setiap saat

Di benak akal fikiran sudah menguncup menjadi layu
Lantaran tidak mampu menahan desakan kebatilan
Yang ditanam semenjak kecil lagi
Walau cuba dihapus dengan kebenaran

Kebatilan itu terlalu kuat
Tenteranya langsung tak pernah berehat
Menyerang segenap inci kehidupan umat

Aku tunduk ke bumi
Sayu memikirkan jiwa yang kembali parah
Bukan kerana peperangan atau kemiskinan
Cuma kalah dengan kemewahan dan keseronokan
Tenggelam bersama amalan yang tidak asing
Kerna khuatir akan tersisih

Hujan menitik kasar
Seakan mampu menanggalkan sisa kulit mati di wajah suram
Ya, itulah wajah seorang pendosa sepenuh masa

Aku masih begini
Tunduk ke bumi
Ku kira mungkin..
Gagal mengangkatnya kembali
Untuk memandang luasnya langit Ilahi.

Wahai tuhanku! Tunjukkanlah kepadaku yang benar itu benar & berilah kekuatan kepadaku untuk menuruti yang benar...
Wahai tuhanku! Tunjukkanlah yang batil itu batil & berikanlah kekuatan untukku menjauhinya...

Diari Seorang PendosaWhere stories live. Discover now