"Sejuk pulak aircond ni. Naik beku aku tunggu seller ni. Melayu kalau meniaga mesti macamni. Dia yang nak juai barang, kita pulak yang nak kena tunggu macam orang nak kutip hutang."
Hatiku tak habis-habis menyumpah seranah seller barang online yang sembang sikit punya kencang kata nak jumpa pukul 10, ni dah 10.47 taik pusat pun tak kunjung tiba. Kentut punya seller.
Sebab dah tak tahan sejuk. Duduk dalam kereta lama-lama rasa macam labi-labi siberia dah. So aku pun turun la dari kereta lepaih tu lepak kat kaki lima. Disebabkan aku tak suka mencuri perhatian orang ramai seperti seorang Azwan Ali so aku memilih untuk bersandar di antara dua kedai. Dia macam ada tiang tapi bukan tiang dia lebih macam dinding tapi dia macam terbonjol sikit antara dua kedai tu, ah hang tau la apa maksud aku kan. So aku bersandar la di antara dua kedai tu. Sebelah aku kedai handphone. Sebelah lagi kedai nasi kandar.
Sambil menunggu tu, hidung aku memang tergoda la dek bau nasik kandaq yang menyengat-nyengat tu. Celaka dia punya godaan macam bau perfume bini muda waktu malam pertama. Iblis betui.Tapi demi mempertahankan diri aku dari menjadi sebahagian dari statistik obesiti di Malaysia aku putuskan untuk mengukuhkan iman dan aku pasak kukuh-kukuh kaki aku supaya tak melangkah ke syurga kuah berkrim tersebut.
"Mana la si bingai sorang ni, dia nak suruh aku tunggu sampai kiamat ka"
Geram jugak aku berjanji dengan spesies dawai kokot macamni. Baziaq masa ja. Kalau aku tau dia lambat macamni tadi baik aku lepak-lepak kat rumah tengok TV or main game ja tadi.
Sambil menunggu menahan kebosanan tu tiba-tiba ada kelibat dua beranak melintas depan aku. Si bapak dan si anak. Mereka singgah di kedai handphone sebelah tempat aku berdiri.
"Nak yang tu." Si anak memberikan titah. Ringkas.
"Mahalnya angah. Beli yang ni dah la." Si bapak cuba bernegosiasi.
Celaka ada ka perkataan negosiasi dalam bahasa Melayu ni. Sesuka hati aku ja. Balun lah.
"Taknak. Angah nak yang tu jugak. Kawan-kawan Angah semua pakai yang tu." Si anak berkeras.
"Yang tu abah tak mampu la Ngah. Kalau yang ni boleh? Yang ni lama sikit ja dari yang tu." Si bapak terus berunding.
Tuan kedai memerhatikan sahaja perundingan dua beranak itu. Aku pula pandang kedepan buat-buat tak ambil tahu tapi pasang telinga macam antenna. Kalau aku jadi si bapak mau mengamuk aku. Gila, mintak handphone harga sampai tiga ribu lebih. Takdak akai ka.
"Incik, ambik ini saja meh, murah sajia, bukan mesti bayar semua satu kali, boleh bayar banyak-banyak kali meh." Peniaga itu mula masuk jarum.
"Tak boleh la. Mahai sangat ni. Saya ingat nak ambik yang ni ja. Tak la mahai sangat macam yang latest ni." Si bapak memberikan hujahnya.
"Heiye, ini lama punya. Sudah outdated. Mana ada orang pakai punya. Sekarang mesti mau yang baru punyia meh."
"Pandai betui dia ni bercakap. Aku cili-cili jugak mulut dia ni satgi. Bijak sangat meniaga kenapa entah" Hati aku berkata-kata.
"Abah belikan yang ni ja na Ngah." Si bapak seolah-olah memberikan keputusan muktamad.
Si anak tarik muka. Jelas menunjukkan ketidakpuasan hatinya.
"Sama ada yang ni, atau Angah tak dapat apa-apa langsung. Pilihlah!" Si bapak mula meninggikan suara. Dah mula rasa rimas dengan perangai anaknya aku rasa.
"Yalah yalah!" Si anak bersetuju dalam nada yang kufur dan tak tahu bersyukur.
Tak lama lepastu, urusan jual beli selesai. Dua beranak itu pun berlalu meninggalkan kedai itu dan berjalan ke arah kenderaan mereka untuk pulang barangkali. Tak ada masa pulak aku nak pi interview tanya depa nak pi mana. Si bapak bermuka biasa. Tapi si anak bermuka masam. Nyata tidak gembira dengan hasil pembelian hari ini.
YOU ARE READING
Nasi Kandar Cerita Campur
RandomNasik kandaq kehidupan campoq suka sebuah, campoq duka seketui, mintak rahmat lebih sikit, tuang pengalaman dua tiga bijik, renjis merapu lebih, lepaihtu sertakan pengajaran, ikat tepi.