PES-Pro Evolution Soccer

2.1K 78 17
                                    

"Weh, lecturer kita sorang meninggal minggu lepas tau tak?" Kata Izham ketika sibuk cuba mengalahkan roomate beliau dalam permainan video PES.

"Lecturer mana Am? Takdak dengaq pulak." Balas Syed, pengunjung tetap bilik itu.

Syed ada bilik sendiri, tapi sebab sifat malas semulajadi, bilik Syed kini tidak begitu sesuai untuk didiami. Hence, dia pun selalulah bersemayam di bilik rakan-rakan.

"Alahhhh lecturer koko kita, lecturer basketball tu. Dia la dah meninggal" Izham melanjutkan bicara.

"Ohhhh Encik Gustur kaaa..wehh meninggal dah dia, tak sangka betul, orangnya nampak muda, sihat, dan aktif kot dia tu..sakit apa?" Syed mencapai gelas plastik milik Izham dan kemudian terus mengambil sepaket Milo 3in1 milik Amad, roomate Izham.

Amad seorang yang pendiam. Jadi dia selalu membiarkan saja bila Syed ambil barangnya sesuka hati. Amad memang kurang senang dengan perbuatan Syed tu. Tapi selalunya dia biarkan saja.

"Entahlah, aku rasa sakit jantung kot, ada orang kata sebab buatan orang.." Izham jawab ringkas sambil mata dan fokusnya lebih tertumpu pada game kegemarannya itu.

Amad semakin ketinggalan. Power betul si Izham menggelecek bola menggunakan twin joystick USB murahan. Tapi jangan ajak Izham gelecek bola atas padang la. Nanti bersepah-sepah lemak keliling badan dia bergegar.

Izham menang, Amad minta diri untuk keluar makan megi goreng di kedai mamak walaupun hakikatnya dia cuba menyembunyikan kemaluan akibat dikalahkan oleh Izham kaw kaw dalam game tadi.

Izham sambung berbual-bual dengan Syed sementara Syed menghabiskan milo 3in1 yang dibancuhnya tadi.

"Hang esok ada kelas ka Am?" Syed bertanya.

"Adaa..tapi kelas petang." Izham menjawab.

"Aku ingat malam ni nak buat assignment la, hang dah siap dak? Kalau dah nanti pinjam na, aku nak tengok sebab taktau nak mulakan macamana" Syed meneruskan perbualan.

"Belum lagi la Syed. Aku pun tak sempat nak buat lagi reja main game ja."

Izham menjawab. Namun jawapannya tipu. Dia dah siap assignment yang dimaksudkan Syed. Tapi dia jugak dah fedap sebab Syed selalu dapat markah tinggi walaupun copy paste kerja dia. Fuck Syed. Izham memang berjanji taknak bagi dia copy dah lepas ni.

Esoknya Izham bangun lambat, dah tengah hari baru bangun. Syed pulak masih terbongkang atas katil Amad. Amad mana entah, rasanya tidur di bilik classmate dia la kot macam biasa la kalau Syed dah terbongkang atas katil dia.

Izham pun terus bersiap-siap untuk ke kelas. Dia kejutkan Syed tanya ada kelas atau tak. Syed jawab "Ada."

"Bangunlah iblis gemok, mari menuju kejayaan." Izham menyeru kepada jasad Syed yang masih separa sedar.

"Malaih la. Aku dah suruh Miza tulih nama aku dah. Aku nak sambung tidoq, hang balik kelaih satgi kejut la..nak makan" Syed pun kembali ke keadaan asalnya. Sekejap saja dia dah berdengkur balik.

Izham boleh tahan jeles tengok perangai Syed. Mau saja dia terjun tiruk balik atas katil dia dan join Syed ke alam mimpi. Tapi Izham rindu nak pergi kelas duduk sebelah awek dia. Lagipun dah siap smart-smart rugilah kalau tidur balik. Izham pun pergi ke kelas selepas meninggalkan kunci di atas meja tulis in case Syed nak keluar. Memang begitulah kebiasaannya.

Petang tu lepas balik teman awek dia pergi pasar minggu beli apam balik, Izham pun balik ke bilik. Dari luar pintu dia dah dengar bunyi latar dari game kegemaran dia. PES! Ini mesti si Amad dah balik. Yes! Boleh ajak dia berentap lagi! Bisik hati Izham.

Memang dia suka benar bermain game itu dengan roomatenya. Tambah tambah pulak si Amad selalu jadi lauk saja. Sambil membuka tali kasut, Izham menguak setengah pintu bilik. Ternampak Amad tengah tekun mengadap laptop sambil menekan-nekan butang joystick dengan padunya.

"Ahhh training nak kalahkan aku la tu" Getus hati Izham. Sambil dia mentertawakan Amad dalam hati.

"Lemah" Hati jahatnya menambah. Tak sabar betul dia nak meng ayam ayamkan Amad sebentar lagi.

Dikuaknya pintu bilik seluas luasnya.

"AMADDDD PAPA DAH BALIKKK JOM LA MAIN PES SAMA SAMAAA" Izham menyapa Amad dengan ceria sekali.

Izham terpandang Syed. Masih terbaring atas katil. Tapi keadaan Syed amat pelik. Dan itu mengejutkan Izham. Tersentak dia melihat sebilah pisau terpacak di leher Syed yang masih terbaring di atas katil Amad.

Menggeletar Izham. Dipegangnya bingkai pintu bilik untuk mengelakkan dia rebah. Dipandangnya Amad. Amad masih bermain game. Namun dia sedar Izham memerhatikannya. Terus dia ketawa terkekek-kekek.

"WOI AMAD! APA DAH JADI NI?!" Izham menengking Amad dari kedudukannya di pintu. Suaranya bergema ke seluruh kolej kediaman. Ada kepala-kepala yang mula menjengah keluar dari bilik masing-masing untuk melihat kekecohan apakah yang berlaku.

"Kenapa Am? Ada masalah ke?" Amad bertanya seolah-olah tidak tahu apa-apa. Namun tersengih-sengih dan kadangkala tertawa tanpa sebab.

"KAU BUAT APA DENGAN SYED HAH AMAD? KAU BUAT APA??!!" Izham menyergah lagi. Kali ini beberapa penghuni kolej sudah mula menuju ke arah bilik Izham dan Amad untuk turut sama mengetahui apakah yang telah terjadi.

"Ohhhh Syed kaaa.. hahahhahahaha wehh meninggal dah dia, tak sangka betul, orangnya nampak muda, sihat, dan aktif kot dia tu..sakit apa?Hahahhahahaahahahah." Amad menjawab dalam bahasa Kedah yang dibuat-buat, meniru gaya percakapan arwah Syed.

Mereka yang berada di pintu terus tergamam memerhatikan tubuh Syed yang tidak bernyawa dan Amad yang terus tertawa sambil terus bermain permainan video kegemarannya.

TAMAT

Nasi Kandar Cerita CampurWhere stories live. Discover now