Cerita Rakyat

2K 110 19
                                    

Pada suatu masa dahulu, ikan kekek mak iloi iloi ikan gelama mak ilai ilai. Main nama ikan tak apa, tapi kenapa mesti main bab mak mak ni. Biadab betui!

Maka tersebutlah juga, tentangnya anak itik tokwi mandi dalam kolam, sakit apa tokwi sakit sendi tulang. Tapi nampak sangat sebenarnya tokwi bukan sakit sendi tulang. Tapi tokwi sebenarnya sakit otak sebab "kolam" dengan "tulang" haram tak rhyme together pun!

Hatta anak ayam pun turunlah bersepuluhnya kemudian mati pula seekor. Mesti hidup orang dulu-dulu boring nak mampus, sampai hidup anak ayam pun dia perhati. Itu baru cerita anak ayam, belum masuk cerita anak ondeng dan lembunya yang patah tanduk.

Selepas itu ada juga disebutkan tentang buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Ini pun ramai dah pertikai sampai ada yang kata "dah tu nak kena buat jahat berkali-kali ka?" Pesan aku, jangan la jadi bingai sangat, tak lawak pun hang nak persoal pasai "sekali" tu. Mestilah maksud dia jangan buat jahat walau sekali pun. Bodoh mohon simpan sikit dekat rekahan anus.

Diselitkan juga tentang can malican can malican can malican ketipunggg payung. Satu ja aku nak tanya, ketipang ke ketipung? Sebab ada yang nyanyi ketipang, ada pulak yang nyanyi ketipung. Aku rasa kita patut selaraskan benda ini secara bersepadu. Power betul aku sembang dah macam ahli politik.

Jadinya kita boleh lah lenggang lenggang kangkung, kangkung di tepi paya. Ini pun satu, ada yang cakap kangkung tepi paya, ada yang cakap tepi telaga, ada yang cakap tepi perigi, tepi kolam, tepi sawah, atas para, berbatas-batas. Macam-macam mazhab la. Yang penting khabarnya harga kangkung dah turun, jadi kita seharusnya bersyukur kerana Malaysia masih aman jika nak dibandingkan dengan negara Tanzania.

Sedar-sedar saja bapaku dah pulang dari kota dan beliau dah belikan aku kereta. Kereta kecil warna merah, boleh aku bawa ke sekolah. Sampai sekolah cikgu nampak aku bawak mainan, cikgu pun rampas. Balik rumah aku bagitau ayah, kereta mainan yang ayah belikan dah kena rampas. Terus aku makan penampar ayah sebab bodoh sangat bawak mainan pergi sekolah.

Sebab dah tak ada mainan aku pun mengadap la tengok burung kakak tua, hinggap di jendela, nenek sudah tua, giginya tinggal dua, lechum lechum lechum ulalala mak hang. Gila punya burung kakak tua hinggap di jendela aku rasa nenek tu suka minum ayaq ketum.

Dan diseru pula nama suriram ram suriram ram ram suriram yang manis. Aduhaii suriram sayang makin dipandang rasa nak boh penendang. Lantas jong jong inai mak ipong rajawali, sepak tunggul inai berdarah ibu kaki. Sapa suruh bengap sangat jalan tak pakai selipar memang la tersepak tunggul berdarah ibu jari.

Selepas itu kita buailah laju-laju sampai cucur atap. Apa dalam baju? Celaka gila seks dah main buai-buai tiba-tiba nak intai apa dalam baju. Dasar bangsa sangap tak bertempat. Dah intai mulalah nanti nak seluk, dah seluk mulalah nak ramas, dah ramas mulalah nak gentel. Bila dah terpejam-pejam mata mulalah nak mintak yang bawah. Game ni dah boleh baca laaa. Boleh bacaaa.

Oleh itu kita seharusnya tepuk amai amai belalang kupu kupu, tepuk adik pandai nanti aku upah susu. Susu lemak manis, santan kelapa muda. Adik jangan menangis nanti aku tepuk kepala tu free ja.

Jadi kalau ada jarum yang patah, jangan disimpan di dalam peti, ini pun satu bodoh, jarum patah simpan balik buat apa, pergi buang terus la nanti kena jari luka. Bangang tak berajar. Tapi kalau ada sumur di ladang boleh hamba menumpang mandi wajib.

Bila dah selesai semua kita mestilah geylang si paku geylang, geylang si rama-rama, pulang marilah pulang mari melingkup bersama-sama.

Nasi Kandar Cerita CampurWhere stories live. Discover now