We are on this boat together but why am I the only one sinking?

343 10 4
                                    

Sayang,

Saat begini aku mahu lari. Lari sejauh mungkin dari kamu. Mungkin lari yang tidak akan berpatah kembali. Mungkin juga lari yang akan mencarimu lagi.

Aku tidak mampu dalam berkeputusan tepat. Masih berjeda di antara titik noktah dan tanda belok di simpang jalan. Bukan juga di antara keduanya.

Aku tahu ini bererti melukakan kamu sekali lagi. Aku tahu ini bererti memberi jawapan kepada persoalan yang akan kau alirkan. Aku tahu ini mungkin bererti selamat tinggal.

Sayang,

Kecuplah dahiku sekali lagi dan kembalikan perasaan itu.

Pills & PoisonsWo Geschichten leben. Entdecke jetzt