Kamen Rider Parasyte - Part 19

37 4 0
                                    

Sedutan episod lepas ~

Aku ,Razin dan Leftenant Akmal berjaya mengalahkan ketiga-tiga parasyte.Aku mendapat pertukaran baru iaitu type Hot Spring.Selepas mengalahkan mereka,aku berjumpa dengan Razin dan pergi mencari Parasyte kilat yang terakhir.

Kamen Rider Parasyte - Part 19

Aku dan Razin cuba mencari di merata-rata tempat seperti kawasan pokok-pokok,rumah townhouse dan rumah di kawasan kami.Agak lama kami mencari dan telah jumpa parasyte tersebut menyorok didalam rumah kawan kami iaitu Ridwan.

Aku:Jumpa pun.

Aku dan migi bertukar menjadi Kamen Rider Parasyte type Fire.Razin dan Iruguchi pula bertukar menjadi Kamen Rider Blood.

Aku lari ke arah parasyte sambil menembak api kearahnya.Razin pula menyerang hendap dari belakang.Tetapi serangan kami tidak memberi kesan,dia membuat satu lagi perlindungan kuat untuk menghalang serangan kami.

Aku:Tidak guna,pelindung ini lebih kuat dari yang kat luar itu.

Aku cuba membuat lubang dengan tangan migi tetapi gagal.pelindung itu membalikkan serangan migi.Kami cuba bertukar menjadi type yang lain tetapi masih gagal.Serangan type Water dipantul semula,serangan type Wind langsung tidak diberi kesan.Tetapi pedang type Ground membuat lubang kecik untuk masa yang sangat sedikit.Itu pun selepas mencucuk di tempat yang sama banyak kali.Razin pula telah mencakar perisai tersebut banyak kali tetapi masih gagal.

Aku:Ahh,semuanya tidak kesan.Tinggal satu lagi yang tidak cuba,tapi kalau ini pon tidak lepas,tak tahu la.

Aku bertukar menjadi type Hot Spring.Aku mengumpul tenaga sebanyak yang mungkin dan menembak ke arah parasyte.Tetapi hanya memberi kesan seperti pedang type Ground.Aku juga cuba menggunakan cara air panas keluar dari tanah tetapi hanya di satu tempat..Masih gagal tetapi dapat menolak parasyte tersebut bersama pelindung ke atas sedikit.

Parasyte pelindung kilat yang dari tadi rilek tiba-tiba panik.Dia membuat suatu pergerakan dan pelindung dia nampak seperti bertambah kekuatan.

...........................................................................................................................................

Di luar kawasan.pelindung yang dari tadi menutup kawasan perumahan tiba-tiba hilang.Seorang tentera khas melawan parasyte memberi maklumat tersebut kepada Prof.Ariffin.Prof.Ariffin memberitahu masih adasatu lagi parasyte yang tidak dikalahkan.Oleh itu,mereka perlu menutup kawasan perumahan tersebut sehingga semuanya habis.

...........................................................................................................................................

Aku cuba menggunakan kuasa air panas datang dari tanah secara bertubi-tubi pula tetapi kali ini parasyte tersebut langsung tidak berganjak.

Aku:Apa yang berlaku ni.

Razin:Entah.Mungkin dia menambah kekuatan pelindung.

Aku cuba menggunakan kekuatan hot spring untuk menembusi pelidung tetapi semuanya gagal.Aku terfikir,

Aku:Kalau aku boleh menggabungkan type Fire dan type Water,kenapa aku tidak boleh menggabungkan type Wind dan type Ground.Ia tidak merugikan dan mungkin ini ialah satu-satunya cara yang tinggal.

Migi mengeluarkan kedua-dua medal air dan api dan memasukkan medal angin dan tanah.Angin menjadi lebih kencang.Tanah pula menjadi tidak stabil dan menjatuhkan Razin dan parasyte.Aku pula terangkat dengan angin dan diselimutinya.Aku juga dilengkapi dengan dinding batu dikeliling aku. Tiba-tiba angin tidak menjadi kencang dan tanah menjadi stabil.Aku pula terjatuh dalam form manusia.

Aku:Tidak jadi ke.

Parasyte kilat 4:Haha,padan muka.

Dia terus menghantar satu petir menyambar aku,tetapi dihalang oleh perlindungan tanah.Tiba aku ditutup oleh tanah ,angin menjadi kencang semula dan tanah menjadi tidak stabil.Akhirnya,tanah yang menyelimutku retak dan pecah.Aku keluar dari situ sebagai suatu type yang baru iaitu type Hurricane.

Razin:Kau berjaya.

Aku terus menyerang parasyte tersebut.Aku menggunakan kelajuan angin dan kekerasan tanah.Aku membuat lubang dan hampir mencucuk parasyte pelindung kilat.

Parasyte kilat 4:Tidak guna engkau.Tetapi jangan risau,Aku tidak menyorok hanya sebab aku ini pelindung.Aku menyorok kerana...

Tiba-tiba parasyte pelindung kilat membuat pergerakan pelik dan mempunyai tiga benda pelik dari tiga arah berlainan masuk ke dalam parasyte pelindung kilat.

Aku:Apa yang kau cuba buat parasyte pelindung kilat.

Parasyte Kilat:Aku bukan parasyte pelindung kilat,aku ialah parasyte kilat.Aku telah menggabungkan diri aku dengan lagi tiga parasyte menjadi satu parasyte yang kuat.

Tiba-tiba petir menyambar kami berdua dan dia menjadikan kami lemah kerana bunyi guruh yang kuat.Dia menumbuk aku bertubi-tubi.Setiap tumbukan memberi kesan renjatan.Aku hanya dapat menghalangnya dengan pelindung tanah tetapi tidak dapat menghalang kesemuanya.

Razin menggunakan ngaumannya untuk melawan bunyi guruh.Aku pula menghalang dan mengelak serangan renjatan dan serangan petir.Parasyte kilat juga diliputi dengan pelindung kilat yang baru.

Aku:Aku boleh hancurkan perlindung,tetapi aku tidak boleh menghancurkannya sambil menghalang serangan lain.

Razin:Aku ada idea.Walaupun ini tidak seberapa baik,inilah harapan kita.

Tiba-tiba Razin menggunakan Iruguchi dan meminum darahnya di bahagian lengan.Dia meminum agak banyak.Selepas meminumnya dia mengaum dan suasana di sekitar dia menjadi kacau bilau.Semuanya berhenti dan Razin bertukar sedikit dari yang sebelum ini.

Rider Belt Razin berbunyi.'Kamen Rider Blood,Mod Dangerous.

Razin cuba terus menyerang pelindung tetapi tidak lepas.

Razin:Ahh,ini pon tidak lepas.Tidak mengapa,Azman biar aku halang semua serangan dia.Kau fokus untuk hancurkan pelindung.

Aku:Betul ini?

Tanpa menjawab,Razin terus mengaum dengan sangat kuat dan dapat mengalahkan bunyi guruh.Dia terus menumbuk petir-petir sehingga petir-petir tersebut tertukar arah.Renjatan juga memberi kesan kepada dia.

Aku:Okay,kalau macam itu.

Aku menggunakan cara sebelum ini tetapi tidak juga melepasi.

Aku:Cis,,pelindung ini lagi kuat.Aku kena guna jugak serangan terkuat.

Rider Belt berbunyi,'Whirlwind Sword Drill'.Aku mengangkat pedang aku dan berdiri tegak.Aku berpusing seperti puting beliung dan menjadi seperti gerudi.Aku menghalakan serangan itu tepat kepada pelindung.

Pelindung itu membuat lubang kecil dan menjadi semakin besar.Akhirnya ia hancur tetapi serangan itu hanya memberi kesan calar kepada parasyte kilat.Razin yang dari tadi menghalang serangan parasyte kilat menukar serangannya kearah parasyte kilat.Dia mencucuk parasyte tersebut tepat dibahagian jantung dan mengeluarkan jantung tersebut.Dia menghisap darah-darah yang keluar.Parasyte itu hancur selepas Razin menghancurkan jantung.

Tiba-tiba Razin yang kuat melawan parasyte kilat tiba-tiba rebah.

Bersambung...


Kamen Rider ParasyteWhere stories live. Discover now